10 Oktober 2010

PERIKSA ADIK DEMAM

Catatan Ayah

Pagi-pagi tadi lepas hantar kakak ke tuisyen, aku terus bawa adik untuk buat pemeriksaan kat Klinik Menon. Agak awal kami sampai kat klinik, dalam pukul 9 pagi. Orang pun tak berapa ramai lagi. Yang ada cuma Dr. Shivaji saja. Doktor-doktor yang lain belum datang lagi agaknya.


Dalam 9:30 pagi baru giliran adik dipanggil. Suhu yang diambil waktu tu adalah 100 darjah farenheit (diambil kat telinga). Bila 'check' dada, pernafasan masih lagi berbunyi (penat masih ada lagi). Adik dinasihat untuk buat nebulizer.


Ubat penat yang digunakan adalah Berodual. Dosnya adalah 10 'drop' (ikut berat badan iaitu berat badan adik dalam 10 kg). Dicampurkan dengan 1.5ml Saline yang kemudiannya disemburkan oleh nebulizer, biarkan adik bernafas dengan menggunakan nebulizer ini. Proses ini mesti diulangi sebanyak 3 kali sehari sehingga penat adik hilang.

"What is Berodual? 

Berodual (Ipratropium And Albuterol) is a bronchodilator and a beta receptor stimulant combination used to treat or prevent symptoms of asthma, emphysema or chronic bronchitis. A doctor may prescribe Berodual (Ipratropium And Albuterol) for additional conditions."


Selain dari itu, adik diberikan Paracetamol yang perlu dimakan setiap 6 jam sekali, Amoxycillin untuk setiap 8 jam sekali serta ubat kahak dan batuk.

"Paracetamol has been in use as an analgesic for home medication for over 30 years and is accepted as a very effective treatment for the relief of pain and fever in adults and children."

"Amoxycillin is a moderate-spectrum ß-lactam antibiotic used to treat bacterial infections caused by susceptible microorganisms. 

It is usually the drug of choice within the class because it is better absorbed, following oral administration, than other beta-lactam antibiotics. Amoxicillin is susceptible to degradation by ß-lactamase-producing bacteria, and so may be given with clavulanic acid to decrease its susceptibility. 

Amoxicillin acts by inhibiting the synthesis of bacterial cell walls."

Setakat petang ni, suhu badan adik masih belum stabil lagi dan masih batuk-batuk lagi. Nebulizer telah diberi sebanyak 2 kali dan malam nanti sebelum tidur sekali.

Makan pun masih tak lalu. Mudah-mudahan, malam nanti suhu adik tak naik lagi macam semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...