12 Oktober 2010

LAGU JEPUN KENANGAN LAMA

Catatan Ayah


Lagu ni nyanyian Mayumi Itsuwa...ada yang kenal...ada yang tidak...dan setengah orang tak suka dengar lagu Jepun...tapi bagi aku...lagu-lagu Jepun ni dah biasa dengar...dan sampai satu tahap dulu...rasa tak puas kalau tak dengar lagu Jepun...mungkin sebab aku pernah kerja kat kilang Jepun dulu...

Tapi lagu ni banyak menyingkap kenangan dulu...bukan kenangan semasa kerja kat Sharp-Roxy dulu...tapi kenangan semasa kat UTM dulu...sekitar tahun 90 hingga 93....semasa menyewa rumah kat Jalan Gurney off Jalan Semarak...dekat dengan Keramat...Teringat macam mana susahnya hidup dan belajar di KL...berpindah dari satu rumah ke satu rumah...yang paling sedih...tidur atas kerusi kat padang mainan Taman Setiawangsa dan Surau Kampung Keramat sebab kena pindah rumah dan tak dapat rumah sewa lagi...makan 'maggi', RXSku..dan bermacam-macam lagi...Teringat aku kat Allahyarham Munir, Zulaimi, Radhi, Zul Kratong, Joe....kawan-kawan se'maggi', serumah, sekelas...dan macam-macam se....lagi...

Namun semua itu tinggal kenangan...tersemat di sanubari....

Agak lama juga aku mencari lagu ni....akhirnya dapat juga dari Youtube....

Bagi yang pandai berbahasa jepun...cuba alih bahasakan lirik-liriknya...aku dulu pernah minta kawan semasa kat Sharp-Roxy terjemahkan lagu ni...kebetulan dia pernah belajar kat Jepun selama 5 tahun...

Apa yang aku dapati...liriknya 'best' ditambah pula dengan melodinya yang merdu...mungkin sebelum tu aku selalu dengar lagu-lagu Loudness...



p/s: selamat mendengar...

3 ulasan:

  1. lagu ni mmg best..dah laam cari..sinarfm slalu putar lagu ni..tp x sempat dengar tajuk dan penyanyi..thanx kang ni dah jumpa..leh tido lena la pasni sbb dah jmpa lagu yg best ni..ya mgkn selama ni slalu layan band2 rok/heavy metal jepun loudness,earthshaker,x japan,sex machineguns dan byk lagi..

    BalasPadam
  2. betul tu...memang sedap didengar lagu...

    Selamat mendengar...

    BalasPadam
  3. terima kasih kerana bersusah payah mencarinya, bila mendengarnya teringat tahun 1992 semasa kursus dijalan semarak K.lumpur Zamaluddin_zamal@yahoo.com

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...