20 Oktober 2010

KAD ATM HILANG

Catatan Ayah

Rabu / 20 Oktober 2010

Dalam dok tengok-tengok 'wallet' tadi, tanpa disedari kat ATM Bank Islam hilang. 'Last' sekali guna kelmarin waktu masukkan duit kat CDM Bank Islam. Rasa-rasanya tertinggal kat CDM dah.

Jadi tadi aku pun ke Bank Islam untuk buat laporan dan buat kad baru. Banyak prosedur rupanya kalau kad ATM hilang ni.

Mula-mula macam biasa isi borang kehilangan kad. Kemudian borang tersebut perlu dibawa ke Jabatan Hasil pulak untuk 'mati'kan setem. Kena RM 20 untuk 'stamp' hasil.

Pulak tu kaunter setem hasil tak buka waktu tengah hari. Kena tunggu pukul 2 petang pulak. Jenuh juga menunggu.

Dah selesai matikan setem, kena fotostat kad pengenalan pula untuk ambil kad ATM baru. Lepas tu baru selesai.

Kalau nak ikut, proses tu sikit saja, tapi ambil masa yang panjang. Tapi apa-apa hal, janji dapat balik kad sudah.

p/s: pengalaman adalah pelajaran yang terbaik....

12 Zulkaedah 1431 / 20 Oktober 2010

2 ulasan:

  1. Banyak soal lah bank ini. Kawan aku pun kena gak.Tukar bank aje.

    BalasPadam
  2. Matilah , aku sekali wallet hilang . Ic , kad bank , lesen , dll . aduh matilah mcm nie .

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...