09 Oktober 2010

HENTIKAN PENDERAAN KANAK-KANAK

Catatan Ayah



Anak-anak adalah anugerah dan amanah Allah S.W.T kepada kita semua. Amanah yang wajib kita jaga. Anak-anak ibarat kain putih yang akan kita corakkan warnanya.

Masih ramai antara kalangan kita yang belum diberikan rezeki untuk memperolehi anak kandung. Bahkan ada yang sudah berkahwin bertahun-tahun, namun masih belum lagi dianugerahkan anak-anak. Bermacam-macam usaha mereka lakukan namun masih belum mampu memilikinya. Tanyalah mereka betapa berharganya seorang anak.

Tetapi bagi yang mempunyai ramai anak, mengapakah masih ada lagi yang masih mendera anak...tak kiralah anak sendiri, anak saudara, anak tiri mahu pun anak angkat.

Berbagai-bagai kisah dan berita yang boleh didengar di radio, dilihat di kaca TV dan dibaca di suratkhabar tentang kes-kes pembuangan anak dan penderaan kanak-kanak. Cuba fikirkan, apa yang mampu dilakukan oleh anak-anak ini bila didera selain hanya mampu menangis sahaja. Apalah kudrat yang dia ada untuk melawan kudrat orang dewasa.

Marilah kita menyahut kempen yang dilakukan oleh UNICEF untuk menyokong kempen menghentikan penderaan kanak-kanak di dunia umumnya dan di Malaysia khasnya.

Beberapa langkah yang perlu diambil jika mendapat tahu penderaan kanak-kanak berlaku yang dipetik dari UNICEF:

"REPORTING CHILD ABUSE


o If you suspect that a child is being harmed, reporting your suspicions may protect the child and obtain help for the family.

o If you are working with children, learn to recognise the signs of abuse and take action if you suspect that a child may have been abused.

o The Child Act 2001 requires any medical officer or medical practitioner, childcare provider or member of the family to notify his/her concerns, suspicions or beliefs that a child may have been abused or neglected to the appropriate child protection authority in the country. Failure to do so can result in criminal charges.

o Do not hesitate to report abuse that happened in the past but was not reported. The abuser may still be active and your action can save a child.

o Any concerned person can report suspicions of child abuse. You do not have to prove it.

o Do not turn a blind eye. It is our social and moral responsibility to get involved.

Reports of child abuse are confidential and names of anyone informing the authorities will not be made public.

Or if you choose to, you may remain anonymous."

Lagi info berkenaan kempen hentikan penderaan kanak-kanak boleh dilihat di sini...
 
p/s: jika nak anak yang soleh yang selalu mendoakan kita...kita pun hendaklah jadi ibubapa yang soleh yang selalu mendoakan anak-anak...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...