01 Oktober 2010

Derma darah...

Catatan Ayah

Kali ni adalah kali yang ke-15 aku menderma darah...last sekali derma adalah november 2009...agak lama tak menderma...sibuk barangkali...next derma lepas 3 bulan...

Masa yang diambil untuk proses menderma darah ni pun bukannya lama...dalam 10 hingga 15 minit sahaja...lagi satu cara adalah apherisis (betul ke ejaan)...cara ni ambil masa lama sikit...dalam 4 jam...



Suasana dalam bilik derma darah...agak lengang sebab tak ramai orang yang mai derma...



Selepas derma...dapat makan free...


Yang paling best...dapat cuti...


Antara kebaikan menderma darah adalah:

1. Kita akan rasa senang hati kerana dapat membantu orang yang memerlukan darah...dengan kata lain, dapat menolong orang yang kesusahan...mudah-mudahan usaha murni yang kecil ini mendapat pahala dan keberkatan Allah Taala...

2. Bila kita derma darah...kuantiti darah kita akan dikeluarkan dalam 300 ~ 450 ml...jadi badan kita akan menghasil sel-sel darah baru bagi menggantikan darah yang telah diambil tadi...lebih kurang macam kita tukar minyak enjin kereta kita ler...dengan tak secara langsung, badan kita akan lebih sihat dan segar kerana sel darah baru ni mempunyai keupayaan untuk membawa oksigen dengan lebih baik dari sel-sel darah lama...

3. Dengan menderma darah...kita dapat tahu taraf kesihatan kita sebab pemeriksaan taraf kesihatan akan dilakukan setiap kali menderma walaupun dah beberapa kali menderma...

Info-info mengenai derma darah dapat dibaca di MyHEALTH Portal...

p/s: sudahkah anda semua menderma darah?...atau pakat takut jarum.....

2 ulasan:

  1. apakah yang akan di rasa selepas mendema darah?adakah rasa seperti nak pitam?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu-dulu...sasa 1st time derma darah...ada juga rasa pening-pening...sekarang ni dah tak rasa apa dah...bak kata orang-orang tua...alah bisa tegal biasa..

      Padam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...