18 Oktober 2010

RONDA-RONDA ALOR STAR

Catatan Ayah

Isnin / 18 Oktober 2010


Hari ni aku menghadiri 'training' kat 'Regional Office'. 'Training' kali ini berkisar pada MAP/TRPI/Deduction Formula. Ia adalah salah satu daripada program Mentor-Mentee.

Dari Kangar yang turut terlibat dalam program ni adalah Nadzari, Ah Tong dan Nadzi. Tapi Nadzi tak dapat menghadirkan diri kerana masalah peribadi.

Seperti biasa aku ke Alor Star bersendirian, kerana aku ke sana dengan menunggang motor. Nadzari ke sana dengan Ah Tong dengan menaiki Avanza.

Aku bertolak ke Alor Star dalam pukul 8:15 pagi. Cuaca pagi tadi agak tenang dan nyaman. Keadaan lalu lintas juga tenang dan tak sibuk. Mungkin semua dah masuk kerja.

Dalam perjalanan, sempat berselisih dengan Shukri FM, mungkin dalam perjalanan ke 'meeting' kat RO FMS.

Sampai kat RO, Syaiful sudah sampai dan masih kat luar. Kami sembang-sembang dulu kat luar sementara tunggu yang lain-lain sampai.

Dalam pukul 9:30 pagi, 'training' berjalan yang dipengerusikan oleh Zul. Sebelum tu, kami dijamu sarapan pagi dengan nasi lemak, roti lenggang dan air teh.

Antara yang turut serta adalah semua mentor yang dilantik serta mentee masing-masing.




Macam-macam isu yang ditimbulkan dalam sesi ni..at last sesi habis dalam pukul 1:30 petang. Sebelum masing-masing bersurai, kami dijamu sekali lagi dengan makan tengahari.

Lepas makan, aku malas nak tunggu menyembang, terus ke Public Mutual. Daripada aku dok sembang kosong saja, baik pi settlekan investment EPF Nadzari dengan Ah Tong...

Selesai bab Public Mutual, aku gerak ke CIMB Bank Persiaran Sultan Abdul Hamid pulak. On the way ke sana, singgah sekejap kat Teluk Wan Jah...sebab nak tengok mercu tanda Bulatan Teluk Wan Jah yang telah dibuang.

Maka hilanglah salah satu mercu tanda Alor Star. Khabarnya ia di'buang' kerana pembangunan untuk landasan keretapi berkembar.



Bulatan Teluk Wan Jah suatu ketika dulu....dalam kenangan...terima kasih diucapkan kepada Rosliza kerana gambar ini diambil dari Wall FB awak...



Dari situ, aku terus ke CIMB Bank untuk ambil buku cek. Sambil-sambil saja pusing Alor Star, nak tengok kot-kot ada kat mana-mana monumen ni dipasang kembali...tapi tak berjumpa...tak taulah kat mana..

Dah cari tak jumpa, at last, aku terus balik....

p/s: harap-harap monumen ni tak dimusnahkan....dan dipasang kat tempat lain sekurang-kurangnya di Muzium Negeri Kedah sebagai ingatan dan tatapan generasi muda...

10 Zulkaedah 1431 / 18 Okt 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...