17 Oktober 2010

PEMASANGAN RO KAT POKOK SENA

Catatan Ayah

Hari ini aku dengan Own ada janji dengan Nazri (Kuala Nerang) untuk buat pemasangan RO kat rumahnya. Rumah Nazri kat Kebun 500, Pokok Sena, Kedah.

Dalam pukul 3 petang, setelah semua barang dah dimasukkan ke dalam kereta, aku dan Own bertolak ke Pokok Sena.

Cuaca agak panas hari ni, seakan-akan berkuap. Suasana di mana keadaan panas sebelum hujan. Tapi dari pagi tadi tak pula hujan.

Kami melalui Arau. Rupa-rupanya jalan Arau-Kodiang dah mula disambung pembinaannya. Lama dah jalan ni terbengkalai. Hinggakan sambungannya di bahagian Kedah iaitu dari Kodiang hingga Jitra dah lama siap.

Sampai Tunjang, aku ambil jalan melalui Kampung Pisang terus ke Teluk Malik dan terus ke Kepala Batas. Saja ikut jalan ni sebab kalau ikut Jitra, lampu isyarat banyak sangat. Malas nak berhenti-henti.

Sampai kat Paya, perjalanan jadi perlahan. Ada lori dan trektor dok bersihkan jalan. Jalan jadi berdebu tanah merah. Mungkin banyak lori-lori angkut tanah yang lalu ikut jalan ni kot...

Kat Kepala Batas, aku ternampak satu 'bunting' mengenai pertandingan mengail yang mana hadiah utama adalah RM 15,000.

"Ni kena bagitau Shidah, suruh Bang In masuk. Kalau menang boleh buat 'downpayment' kereta, kasi tukar Sentra tu." Aku bagitau kat Own.

Dari Kepala Batas, kami melalui Telaga Emas. Kat sini jalan cukup kecil, jadi kena hati-hatilah sikit. Dok tengok, sawah padi pun ramai tak mula lagi. Kat kampung semua dah pakat mula dah.

Akhirnya sampai Kebun 500. Sekarang ni jalan antara Alor Star ke Pokok Sena dalam pembinaan. Jadi jalan agak teruk sikit. Dalam dok mencari-cari rumah Nazri, kami dah terlajak rupanya.

Setelah Own telefon isteri Nazri minta pedoman, akhirnya sampai juga kami ke destinasi.

Pandangan pertama aku lihat rumah Nazri, perkara pertama yang timbul dalam benak aku...cantik rumah dia. Kombinasi reka bentuk dan warna, sepadan. Reka bentuk dalaman pun boleh tahan. Dapur cukup luas. Dan kabinet nampak 'exclusive'.

Maka, kerja-kerja pemasangan pun bermula. Mulanya dia suruh pasang kat bawah kabinet, tapi model yang dia ambil ni model 'portable'. Model yang diletakkan atas kabinet.

Aku siapkan bahagian paip 'inlet' air dan pemasangan '1st stage filter' manakala Own pasang 'RO membrane'. Mulanya '1st stage filter' cuma diletakkan di sisi RO, tapi Nazri hendak 'filter' dilekatkan dinding, jadi kami pun 'drill' dinding dapur untuk lekatkan 'filter housing'.

Akhirnya, siap pemasangan.


Setelah siap pemasangan, kami tunggu RO beroperasi hingga motor berhenti. Saja nak tengok 'auto-stop' berfungsi dengan elok atau tidak. Setelah tunggu seketika, motor berhenti setelah isi 5.5 Liter air.

Ok...RO berfungsi dengan baik. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Taala kerana semuanya berjalan dengan lancar.

Selesai pemasangan, baliklah. Kami sampai balik rumah dalam pukul 6:30 petang...

p/s: Terima kasih kepada Nazri kerana bagi kami pisang sebagai bekalan kami pulang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...