29 Oktober 2010

BAJU HUJAN

Catatan Ayah

Jumaat / 29 Oktober 2010

Ahad ni (31/10/2010)...aku akan ke Kajang...kerana attend training CT Scan selama 4 hari...training akan berlangsung dari 1 hingga 4 November 2010...di Metro Inn dan Hospital Kajang...dan aku akan balik Perlis mungkin 4hb petang atau 5hb pagi...

Macam biasa..aku akan ke sana dengan motor...memandangkan 2~3 hari ni dok hujan...teringat kelmarin...tentang kejadian puting beliung yang berlaku di Jejawi....aku singgah kat Chen Motor petang tadi untuk beli baju hujan...mana tau dalam perjalanan ke Kajang nanti akan hujan...macam aku ke KL pada 2 Oktober lepas...

 
 

Baju hujan ni dari jenis Coocase dengan harga RM 85...lepas nego sikit-sikit...dapatlah kurang sikit...RM70...kualiti elok juga...jika dibandingkan dengan baju hujan aku yang lepas-lepas...

Pasal kejadian puting beliung yang berlaku kelmarin...khabarnya teruk juga yang musnah...antaranya banyak bumbung rumah yang terangkat...dan ada sebuah van yang terangkat beberapa meter dari tempat asalnya dan terbalik....Maha Suci Allah...

p/s: minta-minta...janganlah hujan hari ahad sampai jumaat depan...InsyaAllah..

21 Zulkaedah 1431 / 29 November 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...