31 Oktober 2010

TRIP KE KAJANG

Catatan Ayah

Ahad / 31 Oktober 2010


Dengan dimulakan...Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...aku mulakan perjalanan aku ni menuju ke Kajang...aku mulakan perjalananku tepat pukul 9:17 pagi...

Suasana pagi agak mendung dan nyaman...aku ikut perjalanan melalui Changlun...Pagi-pagi hujung minggu ni...jalan agak lenggang...kelajuanku juga agak sederhana...purata kelajuan dalam 150~160 km/j...

Semalam aku tidak isi minyak pun...cuma check condition motor saja...mula bertolak tadi pun minyak masih ada 3/4 tangki lagi...elok-elok sampai Gurun...

Jadi aku singgah Gurun untuk tambah minyak...

 
Alhamdulillah...cuaca cukup baik...redup-redup dan nyaman....tak panas dan tak sejuk...begitu indahnya alam ciptaan Allah Taala...suasana kat R&R Gurun pun tak banyak kereta dan nyaman...selepas isi minyak kat Shell...aku rehat sat kat tepi stesen minyak....

Lebih kurang 15 minit aku rehat...perjalanan disambung semula...

Kereta agak banyak kat Seberang jaya...tambahan pula JPJ buat operasi tahan lori...Alhamdulillah..motor tak dikacaunya...kenderaan banyak hingga ke Juru...lepas tu jalan agak lenggang..boleh layan sikit antara 160~180 km/j...

Sampai Gunung Semanggol...aku berhenti lagi...rasa nak buang air kecil dan perut terasa lapar...lepas buang air kecil kat Petronas...nak makan rasa tak lalu pulak...last-last layan Twiggies yang isteri aku bekalkan dan air mineral yang dibeli kat Petronas....

 
Lama juga aku berhenti kat sini....sambil-sambil dok menyembang dengan Pak Cik yang kerja dengan Propel...melawat kawasan katanya...antaranya geng-geng motor yang pernah dia jumpa...geng superbike...geng vintage...geng kapcai...geng motocross...dan macam-macam lagi...

Sambil-sambil dok sembang...kami tengok gelagat budak-budak muda yang berkonvoi....

 

Gelagat depa agak melampau dan menjatuhkan imej mat motor saja...berkonvoi tak salah...cuma kenalah berdisiplin...baru orang tak marah...ni asyik nak menunjukkan yang depa tu terror...dok wheelie dan wekang depan orang ramai...orang bukan nak puji...mengutuk lagi adalah...silap-silap jadi doa...

Aku nasihatkan...bawalah motor dengan tertib dan berhemah...supaya orang hormat dan tabik kepada mat-mat motor...tak kiralah motor besar atau motor kecil..

Hampir 1/2 jam dok lepak kat situ...jam pun dah menunjukkan pukul 12:30 tengahari...aku teruskan perjalanan lagi...cuaca masih nyaman dan tak panas...minta-mintalah cuaca begini sehingga aku sampai Kajang...aku agak mungkin aku sampai Kajang dalam pukul 3:00 petang...

Sampai Tapah...aku berhenti lagi...sebab rasa kebas punggong...dah tua dah rasanya...lepas ni kalau ada rezeki...kena upgrade motor jenis touring pulak...angan-angan tinggi...

Bahang panas mula terasa...lepak kat sini tak lama...agak-agak dalam 15 minit...kemudian tambah minyak sikit...dan minum air...


Jumpa satu geng motor besar...laju sungguh depa...saja aku tak ikut sebab malas nak konvoi...lepas buang air kecil kat Shell...aku sambung lagi perjalanan aku...cuaca semakin panas...jarak nak sampai KL ada lagi lebih kurang 150km lagi...kelajuan yang aku maintain pun sekitar 160 km/jam sahaja...

Sampai kat Lembah Beringin...terasa lapar pulak...dan panas...serta kebas punggong...lalu aku berhenti kat bawah fly-over kat lembah Beringin...menikmati lebihan twiggies dan air mineral...


Sambil rehat-rehat...sempat lihat kereta yang laju-laju...antaranya Sky-Line, Satria Turbo dan macam-macam...bas dan lori pun cukup laju....

Tak lama di sini...aku sambung lagi perjalanan....kenderaan tak berapa banyak...tapi bila sampai Rawang...kenderaan mulai banyak...hinggalah sampai Tol Jalan Duta...

Aku hampir-hampir tersesat...selepas masuk ke Jalan Kuching..plan nak masuk melalui Sungai Besi...entah macam mana..sampai jalan Kuching menghala ke Selayang...jadi patah balik...terus ke Cheras melalui Jalan Kuching dan masuk lebuhraya ke Kajang....

Sampai Kajang..singgah kat Petronas untuk tanya attendant minyak lokasi Metro Inn..iaitu tempat training esok serta Oriental Crystal Hotel...tempat penginapan aku...sambil-sambil tu tengok jalan ke Hospital Kajang...

Akhirnya...sampai juga aku ke Hotel....check-in...bilik 711..tingkat 7....boleh nampak Metro Inn dan Hospital Kajang...serta pemandangan bandar Kajang...


Room-mate aku...dari Sabah dah sampai....

Alhamdulillah...aku selamat sampai ke Kajang...setelah hampir 6 jam perjalanan....yang banyak berhenti dan santai....

Esok bermulalah training CT Scan kat Metro Inn dan Hospital Kajang....

p/s: harap-harap training tak boring dan mengantuk....malam ni rasanya nak tidur awal...

23 Zulkaedah 1431 / 31 Oktober 2010

30 Oktober 2010

RIDING SHOES

Catatan Ayah

Sabtu / 30 Oktober 2010

Esok aku akan bertolak ke Kajang....untuk training CT Scan kat Hospital Kajang...

Jadi...tadi basuh motor sikit...kemudian minyakkan rantai motor....serta check serba sedikit keadaan motor...

Memandangkan kasut aku pun dah tak berapa elok...jadi petang tadi aku ke Bike Station, Arau untuk beli sepasang riding shoes...




Kasut ni saiz 42...diperbuat dari kulit lembu dari Pakistan...katanya...harganya RM 390 dan selepas diskaun aku dapat RM 350....

Lagi satu...katanya kasut ni adalah jenis water-proof...esok baru boleh test sama ada water-proof ke dak...kalau dalam perjalanan aku ke Kajang esok hujan...tapi minta-minta janganlah hujan...

Semasa pakai tadi...agak selesa juga jika dibandingkan dengan riding shoes yang aku beli dulu...semasa zaman naik RXS dulu...

Website Bike Station boleh dilihat di http://www.bikestation.com.my/. Selain ada kat Arau, kedai ada kat Bangi...

Tadi...sempat juga promote mengenai seminar 'Rahsia Pelajar Juara' kat situ...jika berminat...boleh contact aku...



p/s: nampak gayanya...Bike Station kena bagi komisyen atau diskaun lebih ni kat aku...sebab aku promote barangan dari Bike Station...sebelum ni aku dah beli minyak enjin dengan minyak rantai kat situ...

22 Zulkaedah 1431 / 30 Oktober 2010

SERVICE RO RUMAH LONG NAH

Catatan Ayah

Sabtu / 30 Oktober 2010


Dua hari lepas, Long Nah ada beritahu yang RO kat rumahnya ada masalah sikit...iaitu air keluar sikit dan motor tak auto-stop...

Baru hari ni dapat pi rumah dia untuk tengokkan RO tu...RO dia dari jenis Undersink...yang aku pasang kalau tak salah...2 tahun lepas...apa yang aku suspect...ada kemungkinan membrane tersumbat selain dari ketiga-tiga filter....

Lepas aku check....ketiga-tiga filter yang kat bawah...terlalu teruk dengan selut...teruk betul air yang JKR supply...


Lepas tukar ketiga-tiga filter, aku minta Long Nah guna dulu sehingga aku balik dari Kajang...kalau air slow juga...confirm membrane dah rosak....


Kalau ada sesiapa yang ingin nak pasang sistem penapisan air...boleh contact aku...jenis-jenis penapis boleh dilihat di http://alqausar.wordpress.com/product.

Sempat juga promote program motivasi 'Rahsia Pelajar Juara' yang akan berlangsung kat Dewan MBAS pada  13 November 2010 ni...untuk cucu-cucu dia...bagus program ni untuk motivasi anak-anak yang masih belajar....


Aku merupakan salah seorang dari agen-agen tiket yang berdaftar bagi kawasan Kangar...harga tiket RM 55 tapi aku jual dengan harga RM 50 sahaja..potongan RM 50...Kalau ada sesiapa yang berminat untuk hadir ke seminar tu bersama-sama dengan aku sekeluarga...boleh contact aku..

p/s: siap lagi satu RO sistem....esok nak kena pi Kajang pulak...minggu depan la pulak service RO yang lain...InsyaAllah..

22 Zulkaedah 1431 / 30 Oktober 2010

29 Oktober 2010

BAJU HUJAN

Catatan Ayah

Jumaat / 29 Oktober 2010

Ahad ni (31/10/2010)...aku akan ke Kajang...kerana attend training CT Scan selama 4 hari...training akan berlangsung dari 1 hingga 4 November 2010...di Metro Inn dan Hospital Kajang...dan aku akan balik Perlis mungkin 4hb petang atau 5hb pagi...

Macam biasa..aku akan ke sana dengan motor...memandangkan 2~3 hari ni dok hujan...teringat kelmarin...tentang kejadian puting beliung yang berlaku di Jejawi....aku singgah kat Chen Motor petang tadi untuk beli baju hujan...mana tau dalam perjalanan ke Kajang nanti akan hujan...macam aku ke KL pada 2 Oktober lepas...

 
 

Baju hujan ni dari jenis Coocase dengan harga RM 85...lepas nego sikit-sikit...dapatlah kurang sikit...RM70...kualiti elok juga...jika dibandingkan dengan baju hujan aku yang lepas-lepas...

Pasal kejadian puting beliung yang berlaku kelmarin...khabarnya teruk juga yang musnah...antaranya banyak bumbung rumah yang terangkat...dan ada sebuah van yang terangkat beberapa meter dari tempat asalnya dan terbalik....Maha Suci Allah...

p/s: minta-minta...janganlah hujan hari ahad sampai jumaat depan...InsyaAllah..

21 Zulkaedah 1431 / 29 November 2010

28 Oktober 2010

PUTING BELIUNG DI KANGAR

Catatan Ayah

Khamis / 28 Oktober 2010

Hari ni aku mula buat promosi dan sales untuk tiket Seminar Rahsia Pelajar Juara. Seminar akan diadakan di Dewan MBAS, Alor Star pada 13 November 2010. Dua ikon terkemuka akan mengajar iaitu Dr Niki Syuhada dan Adi Putra.

Dr Niki akan bagi talk dalam teknik-teknik dalam latihan penggunaan otak kiri dan otak kanan dalam pembelajaran...manakala Adi Putra pula akan mengajar teknik-teknik menyelesaikan matematik dengan cara mudah dan short-cut...dan akan menarik minat kita dan anak-anak kepada subject matematik...Banyak feedback yang positif daripada orang-orang yang aku jumpa dan promote....

Alhamdulillah...dengan niat untuk kongsi ilmu sesama Islam...inilah salah satu perjuanganku....kalau nak ikutkan komisen...tak banyak manapun....minyak motor pun tak lepas...sebab aku bagi diskaun kepada pelanggan-pelanggan aku...

Petang tadi hujan cukup lebat waktu balik kerja...Alhamdulillah...elok-elok sampai rumah...baru hujan turun...

Aku nak kongsi info yang aku terima dari Rizali (Jaio Nasir)....gambar yang dia post kat FB...iaitu gambar puting beliung yang berlaku petang tadi...

 

Gambar di atas diambil dari Taman Dato Jaafar...berlaku pada petang tadi...

Itulah kuasa Allah Taala...dan kejadian-kejadian akhir zaman...

Marilah kita sama-sama berdoa semoga kita semua terlindung dari segala bencana....

p/s: teringat kejadian tsunami yang melanda Acheh tak lama dulu...

20 Zulkaedah 1431 / 28 Oktober 2010

RAHSIA PELAJAR JUARA

Catatan Ayah

Rabu / 27 Oktober 2010

Aku baru balik dari Alor Star...hadir taklimat untuk program motivasi Rahsia Pelajar Juara...


Taklimat ini berkenaan dengan seminar yang akan diadakan pada 13 November 2010 nanti di Dewan Majlis Bandaraya, Alor Star.

Seminar ni adalah seminar motivasi untuk menerapkan nilai-nilai kejayaan dikalangan pelajar bersama Dr Niki Syuhada dan Adi Putra.



Seminar akan berlangsung selama setengah hari dan harga tiket cuma RM 55 sahaja.

Dan aku telah dilantik menjadi agen jualan tiket bagi kawasan Kangar.

Promo seminar ini akan keluar di MHI, TV3 hari ahad ini dan keluar di akhbar Metro setiap hari...

Seminar ni akan mengajar kita serta anak-anak bagaimana menggunakan keseluruhan otak kiri dan kanan kita serta formula-formula yang digunakan oleh Adi Putra untuk menyelesaikan matematik...

Maklumat lanjut boleh dilihat di http://www.drniki.com/

Aku juga akan turut serta dalam seminar ini bersama-sama anak dan isteri aku...

Marilah bersama-sama aku demi pembangunan pelajaran dan motivasi anak-anak kita semoga anak-anak kita sentiasa berjaya dalam pelajaran dan kehidupan kita selalu...

p/s: Sebagai agen, aku akan bagi potongan harga kepada kawan-kawan serta 50 pembeli tiket yang pertama....

20 Zulkaedah 1431 / 28 Oktober 2010

26 Oktober 2010

USER TRAINING KAT BILIK BERSALIN

Catatan Ayah

Selasa / 26 Oktober 2010

Hari ni lagi satu user training kena buat....sebagai ganti user training yang telah ditunda bulan lepas sebab mesin telah rosak...

User training hari ni dibuat kat Bilik Bersalin...antara mesin yang dibuat training adalah defibrillator, cardiotocograph dan ECG...

Macam biasa...aku dan Mat Nor yang handle user training....nak buat macam mana...dalam dok sakit gigi pun..gagah jugak lah...nak minta tolong kawan-kawan pun...pakat dok mengelak saja...gagah jugak lah....aku kalau tak sakit gigi ka atau hal-hal lain...aku tak minta tolong orang...tapi dah sakit gigi...pakat tak mau...buat jugaklah....

Mula-mula bagi Mat Nor tunjukkan cardiotocograph dulu...cara-cara guna dengan betul dan cara-cara handle ultrasound dan toco probe dengan betul....untuk elakkan dari rosak dengan cepat...kemudian Mat Nor sambung bagi penerangan mengenai defibrillator...sama juga macam dengan cardiotocograph...cara-cara nak handle dengan betul...bukannya cerita yang susah-susah sangat...


Lepas tu aku pulak sambung cerita mengenai ECG...cara-cara handle dan cuci electrode...yang tu saja...nak cakap lebih-lebih pun...tak berapa boleh nak cakap...pedih rasa kat gigi....

Cara nak guna klip dengan betul....


Cara guna dan cuci electrode dengan betul....


Antara staf-staf yang hadir dalam sesi user training ni...

 

p/s: Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar....

18 Zulkaedah 1431 / 26 Oktober 2010

PPM C-ARM

Catatan Ayah

Selasa / 26 Oktober 2010

Hari ni aku dah plan untuk buat PPM C-Arm sebagai sebahagian daripada program mentor-mentee...dan minggu yang lepas aku dah pun membuat jemputan kepada mentee-mentee aku untuk datang ke Kangar untuk bersama-sama menjayakan program ni...

Tapi hari ni...tak dak sapa pun yang datang...tak taulah sebab musababnya...

Jadi, hari ni aku jalankanlah PPM ni dengan bantuan Zamri dan Shidah...

Zamri sedang blow debu-debu yang ada dalam mesin...


Zamri sedang cuci body mesin dengan menggunakan Cif dan Kimtech...


Setting untuk dapatkan kedudukan kV meter yang tepat sebelum bacaan kV diambil...

kV meter yang digunakan...


Dan akhirnya....safety test dibuat untuk check leakage current...


p/s: siap satu lagi PPM untuk C-Arm...

18 Zulkaedah 1431 / 26 Oktober 2010

25 Oktober 2010

USER TRAINING KAT ICU/CCU

Catatan Ayah

Isnin / 25 Oktober 2010


Hari ni dijadualkan untuk buat user training kat ICU/CCU...siapa lagi yang akan bagi kalau bukan aku dengan Mat Noq...suruh Zamri...dia tak mau...

Dah la aku ni sakit gigi...gagah jugak la...nak buat macam mana...dah orang lain pakat tak mau...

Kali ni aku bagi user training berkenaan dengan syringe pump terbaru yang CCU dapat baru-baru ni...pulak tu syringe pump ni Gul yang supply....keluaran Smiths Medical...


Jenuh jugak bercakap dalam keadaan sakit gigi ni...rasa macam lidah pendek pulak..tapi nak buat macam mana....buat juga lah...

Gul...hang kena bagi kredit kat aku sikit sebab jadi wakil hang bagi user training bagi pihak hang...

Mat Noq pulak bagi training cara-cara penggunaan defibrillator..


Disebabkan sakit gigi dan kesukaran untuk bercakap banyak...aku cuma cerita sikit-sikit saja...antara yang ikut serta dalam user training ni....


Esok ada lagi user training lagi kat bilik bersalin...tak taulah sama ada aku boleh bagi talk ke dak...sebab gigi dok sakit lagi ni...

p/s: khabarnya aku kena attend training CT Scan pulak kat KL....minggu depan...

17 Zulkaedah 1431 / 25 Oktober 2010

24 Oktober 2010

SERVICE RO HUJUNG MINGGU

Catatan Ayah

Ahad / 24 Oktober 2010

Kelmarin Kak Kiah Kg Sentua minta buka RO dia sebab nak pasang tile kat bawah sinki...jadi sebelum ke Juru...aku pi buka RO dia...

Jadi hari  ni Kak Kiah minta pasang balik RO dia...jadi lepas asar tadi, aku pi pasang balik RO dia...pasang balik serta servis sekali sistem tu...


Siap buat bracket baru dan gantung bagi tinggi sikit...selesai kerja..apalagi..promote cuka kurma pulak...

Selesai rumah Kak Kiah...terus ke rumah Kak Ramlah pulak di Kg Panggau...kat rumah Kak Ramlah cuma tukar filter sahaja..tukar ketiga-tiga filter sebab dah lama tak tukar...dah  kotor...


Lama tak jumpa Kak Ramlah...dapur rumah pun dah buat baru...kereta pun dah tukar....dulu pakai saga...la ni pun pakai saga baru....rezeki...

Hari ni kira siap 2 biji RO aku buat servis....Alhamdulillah..

p/s: orang pakat dok buat rumah dan tukar kereta baru...akubila lagi tak tau...himpun modal dulu...

16 Zulkaedah 1431 / 24 Oktober 2010

HUJUNG MINGGU DI MEAN MACHINE AUTO SHOW

Catatan ayah

Sabtu / 23 Oktober 2010

Selepas dismatle RO kat rumah SN Rokiah, aku dengan family berangkat ke Juru...untuk tengok auto-show kat Juru...Mean Machine Auto Show..

Plan asal aku nak ke sana naik motor saja...tapi dah Ibu dengan anak-anak nak ikut...jadi ke sana dengan Kenari....lalu terbanglah kenari menuju ke Juru...

Cuaca hari ni nampaknya baik....cuma agak panas sikit...sebelum apa-apa...isi minyak dulu..


Kenderaan pun tak banyak kat jalan ni...sampai kat tol Alor Star (U)...rasa mengantuk pula...jadi minta Ibu bawa dululah....

Kat lebuhraya pun kenderaan tak banyak...tapi selepas R&R Gurun...terserempak dengan geng-geng motard...steadylah geng ni....



Tak tau pulak depa ni menuju ke mana...mungkinkah ke Auto City...tapi kami singgah dulu kat Sungai Petani...

Ada 2 benda kat Sungai Petani...yang pertama kami singgah kat Public Gold...saja singgah tengok dan belek-belek syiling emas dinar...tengok punya tengok...akhirnya tercapai juga angan-angan aku untuk memiliki syiling emas dinar...aku beli sebagai simpanan...sebagai menyahut seruan untuk mengembalikan sistem kewangan Islam...InsyaAllah aku akan simpan duit lagi untuk beli lagi syiling emas dinar...

Selesai misi syiling emas dinar...singgah pula untuk ambil stok cuka kurma...lagi satu dengan niat untuk kembalikan pemakanan sunnah...tapi stok yang ada tak berapa cukup...jadi aku ambil sikit dulu...


Bagus cuka kurma ni terutama kepada orang yang sakit darah tinggi, gout, kencing manis dan obesiti...Cuka kurma ni berperanan untuk menstabilkan kandungan garam dalam badan selain melancarkan pergerakan oksigen ke otak...baik untuk kanak-kanak...juga baik untuk hati...tetapi ingat cuka kurma ni bukan ubat...

Caranya senang saja...minum 1 camca besar setengah jam sebelum makan atau setengah jam selepas makan...atau masukkan ke dalam masakan dengan menggantikan penggunaan cuka biasa...jadi kalau ada sesiapa yang nak cuka kurma ni...boleh contact aku...

Selesai urusan tu...matahari dah tegak atas kepala...dah pukul 12 tengahari rupanya...apalagi gerak ke Juru..tapi ikut jalan biasa jer lah...lama dah tak ikut jalan lama...ikut Tikam Batu, Kepala Batas, Pekan Darat, Sungai Dua, Seberang Jaya dan akhirnya Juru....waktu sampai..jalan menuju ke Auto City baru nak jem....


Sewaktu kami sampai...kereta pun dah agak banyak...tempat parking pun dah hampir penuh...

So...apalagi..jalan-jalanlah jamu mata...anak-anak bersama Honda Gold Wing....mana tau satu hari nanti aku mampu miliki motor ni...untuk jalan-jalan tengok anak menantu...sempat bersembang dengan owner Gold wing ni...dan sempat tanya khabar IR Manaf...awat hang tak mai Manaf...


Oren khaw punya...Mat Noq dengan Amir tak teringin nak buat ker?


Baik punya ekzos....


Macam mana Zarizi...tak teringin ke nak buat LC hang macam ni?..


Yang ni kereta yang cantik ke model yang cantik...lekas pilih...

 

Ni pakat berebut nak ambil gambar kereta ke gambar orang...?

 

Last-last terleleh letih berjalan....sempat juga jumpa Own sekeluarga....

 

Buat Zamri...hang tak mau convert Saga hang jadi Subaru Impreza WRC...?


Pusing punya pusing...akhirnya balik lah...dah penat...jam pun dah menunjukkan pukul hampir 4 petang...balik juga melalui jalan lama...

Bila lalu ikut Pekan darat...sempat tengok rumah Arwah Munir...apa khabar mak, isteri dan anaknya tak tau...Dalam perjalanan pulang dapat pula call dari Norliyatuliza....dia minta aku jadi agen untuk jual tiket program motivasi yang akan diadakan pada 13 November 2010 ni kat Alor Star..detailnya akan aku war-warkan kemudian....

Perut dah lapar...jadi singgah dulu kat Sungai Petani untuk isi perut...


Kesian kat orang yang paling lapar sekali....

 

Selepas makan...sembahyang dulu....

 

Kami balik melalui Merbok, Yan dan Kuala Kedah...sampai Alor Star..jumpa kereta ni...sapa agaknya...intai-intai tengok...kot-kot nampak bawa marka...


Akhirnya sampai rumah dalam pukul 9 malam....

Lagi gambar-gambir sekitar Mean Machine boleh dilihat di sini....banyak sangat gambar kalau nak upload kat sini...

p/s: Mean Machine 2010 ni OK secara keseluruhannya...tapi agak hampa kerana tak ada geng-geng superbikers yang joint dalam show...yang ada cuma geng-geng kapcai LC dan Vespa....serta 2 biji Gold Wing...harap-harap tahun depan...geng-geng superbikers akan joint sama...

16 Zulkaedah 1431 / 24 Oktober 2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...