09 September 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri...

Catatan Ayah

Esok 10/11/2010...sudah diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Raja....rakyat Malaysia akan menyambut hari raya Aidil Fitri....hari umat Islam meraikan kejayaan berperang dan mengawal hawa nafsu dengan berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan...

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah Taala kerana aku sekeluarga dapat mengambil peluang berpuasa selama sebulan Ramadhan...dan aku memohon ke hadrat Allah Taala supaya aku sekeluarga dapat sekali lagi bertemu dengan Ramadhan pada tahun depan..Amin..

Baju raya anak-anak dan isteri telah pun siap...dan baju yang aku tunggu pun dah sampai...Alhamdulillah...


Adik Ein pun dah sampai kelmarin dari Melaka...cuma adik Syuhada tak sampai lagi...dia bertolak dari KL pukul 5 pagi tadi...harap-harap perjalanan tak terganggu...


Kelmarin juga kat Kangar telah berlaku kemalangan...kelalaian berlumba sesama sendiri...akibatnya seorang telah meninggal dunia dan seorang lagi masuk ICU...yang jadi mangsa adalah orang awam yang berada di situ..seorang patah kaki...jadi janganlah berlumba sesama sendiri bagi yang memandu atau menunggang balik kampung...imgat orang yang menunggu di rumah...

Semalam juga polis trafik Kangar buat operasi...ramai juga yang kena terutama yang naik motor merempit...kebetulan waktu tu aku dok lepak dengan Kamal dan Che Ami...saja-saja minum kopi sampai pukul 3:30 pagi...

Akhir sekali aku sekeluarga...mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya Aidil Fitri...kami sekeluarga memohon ribuan kemaafan jika ada terlanjur kata, tulisan mahu pun perbuatan sama ada disedari atau tidak disedari...Kerana sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah Taala...yang tidak baik itu datangnya dari kelemahan aku sendiri sebagai makhluk Allah...

Akhir kata...selamat hari raya...

Dari Kami sekeluarga...

Hasmizal, Suraya, Muhammad Amir Huzaifah, Nurul Irdina Ilham, Muhammad Harith Haikal dan Muhammad Iman Haziq...

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...