25 September 2010

Pasar Besar Kangar

Catatan Ayah

Pasar Besar Kangar atau lebih dikenali Market Kangar akan tinggal kenangan...seingat-ingat aku, memang lama Market Kangar ni...sejak aku kecil lagi...


Market Kangar amat popular dan menjadi tumpuan masyarakat Kangar khasnya dan masyarakat Perlis umumnya semenjak dulu lagi...hinggakan masih menjadi tumpuan ramai walaupun sudah ada Pasar Borong yang terletak di Kampung Bakau. Selain tumpuan orang ramai membeli keperluan makanan basah seperti ikan, daging, sayur-sayuran dan lain-lain, Market Kangar ni juga terkenal dengan kedai-kedai nasi kandar atau dikenali dengan nasi ganja...



Boleh dikatakan setiap pagi kecuali hari Ahad, ramai pengunjung datang makan pagi di sini...gerai-gerai nasi kandar di sini pun banyak...lebih kurang 8 gerai bersebelahan...dan semuanya sedap-sedap belaka...


Tapi semua ini akan tinggal kenangan...kerana Market Kangar telah dipindahkan ke Kampung Bakau...dan ditempatkan di belakang Pasar Borong...dan berkemungkinan gerai-gerai nasi kandar ini pun akan dipindahkan...

Market Kangar ini juga akan meninggalkan banyak kenangan manis dikalangan ramai rakyat Perlis berbagai lapisan...akan hilanglah salah satu mercu tanda di Kangar ni....demi pembangunan...

1 ulasan:

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...