26 September 2010

Pasang RO...

Catatan Ayah

Alhamdulillah...baru selesai buat pemasangan RO System kat Kampung Ujong Batu...Customer kali ni adalah mak mertua kepada Pak Ku Sharuddin..

Pak Ku telah minta aku pasang sistem Under Sink....tapi tak la pasang kat bawah sinki...pasang kat luar supaya senang untuk buat maintenance...

Sistem RO ni berkapasiti 50 GPD, sesuai untuk kegunaan rumah...Sistem ni mempunyai 5 step penapisan iaitu 1 step PPF, 3 step carbon dan 1 RO membrane...serta 1 tangki 3.2Gallon untuk penyimpanan air...dan 1 faucet...


Pakej ni didatangkan dengan hadiah percuma 1 bekas air....


Bagi aku...RO adalah sistem penapisan air yang terbaik buat masa sekarang...kerana ia mampu menapis sehingga 0.0001 micron hinggakan mampu menapis sisa-sisa perubatan yang tak mampu ditapis melalui sistem 6 step biasa seperti Bio-Aura dan seangkatan dengannya...

Ramai orang kata...air RO tak bagus sebab tiada mineral....sebenarnya mineral itu boleh didapati dari makanan dan susu yang kita minum...dan harus diketahui bahawa air bukanlah nutrition...ia cuma bertindak sebagai pelincir di dalam badan kita sahaja...sumber vitamin dan mineral yang lain boleh didapati dari makanan....kita pun bukanlah hanya minum air sahaja seumur hidup...

Kelebihan air RO juga baik untuk digunakan semasa memasak...contohnya nasi lambat basi jika dimasak menggunakan air RO...susu tidak jadi masam jika dibancuh dengan air RO....dan macam-macam lagi...

Jadi kepada kawan-kawan yang hendak pasang sistem penapisan, aku cadangkan pasanglah sistem RO...tak kisahlah jika bukan aku yang pasang...ambil Elken dan lain-lain pengedar pun tak pa...cuma pasang sistem RO...cuma bezanya aku dengan lain-lain pengedar adalah harga...harga yang aku jual amat berpatutan...

Sistem-sistem yang aku jual boleh dilihat di sini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...