25 September 2010

Lambat yang amat...

Catatan Ayah

Own baru keluar wad tadi. Dia masuk wad kat KMC sebab mengalami kecederaan kaki masa cuti raya lepas akibat gelas terjatuh atas kaki. Kaki telah luka dan kena beberapa jahitan kat Hospital Tuanku Fauziah.

Tapi kecederaan semakin teruk yang berkemungkinan jangkitan kuman. Akibat dari itu, kaki beliau jadi bengkak. Jadi beliau ke KMC untuk rawatan lanjut. Beliau telah ditahan kat KMC dan boleh balik petang tadi.

Lepas maghrib tadi, aku sekeluarga pi melawat beliau. Menurut beliau, kaki dibedah sekali lagi dan dicuci sekali lagi. Dari cerita, agak ngeri juga sehingga beliau di "anesgesia". Namun begitu, alhamdulillah...semuanya selamat.

Balik dari rumah beliau, kami anak beranak singgah kat Restoran Hajjah untuk makan.


Sambil-sambil dok tunggu makanan, biasalah anak-anak aku...macam-macam perangai...




Last-last cancel semua order...punyalah lambat...kat sejam tunggu...tak sampai-sampai makanan malah bila ditanya...tak buat pun lagi...yang order pun bukannya payah...nasi goreng saja...padahal bukan ramai pun orang waktu tu...

Bagi aku, aku tak rekomen kat sapa-sapa kalau nak pi makan kat situ...

Akibat lapar...last-last beli bungkus kat Titi Chai...


Makan malam pukul 11:00 malam ni...padan muka...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...