23 September 2010

Gaji vs Sara hidup...

Catatan Ayah

Hidup ini semakin hari...semakin????...Umur kita semakin hari semakin bertambah...anak-anak semakin lama semakin membesar dan perbelanjaan kita pun semakin lama semakin besar...

Bagi yang kerja "makan gaji"...adakah gaji kita semakin lama semakin bertambah atau sekadar statik sahaja...Kalau gaji semakin lama semakin bertambah...Alhamdulillah...tetapi adakah perbelanjaan seharian kita semakin lama semakin bertambah...?

Minyak semakin naik....dalam bahasa indah, penyelarasan subsidi dan sebagainya, jadi harga-harga barangan keperluan yang lain akan turut meningkat juga....dengan kata lain...inflasi meningkat...nilai duit semakin menurun...jika dulu seekor ayam harganya RM 3~4 sekilo...adakah sekarang ni dapat dengan harga tersebut...

Begitulah indahnya sistem kewangan Islam...jika dulu seekor ayam harganya 1 dirham....sekarang pun harga seekor ayam tetap 1 dirham....pada pendapat aku, lebih baik kita menggunakan sistem dinar emas seperti yang dilancarkan di Kelantan...sebab kadar inflasi akan dapat dikurangkan kerana kita menentukan harga dengan bersandarkan kepada emas....

Mungkin ada orang akan berkata, jika hendak beli ikan dan sayur macam mana...apa yang aku faham...kita boleh guna dinar emas untuk barang-barang yang mahal...dirham perak untuk barang-barang yang kebiasaan dan fulus (wang ringgit yang disama nilaikan) untuk barang-barang yang murah...

Maafkan aku jika pendapat aku ni tak betul dan tak dipersetujui oleh orang lain kerana ilmu aku taklah sedalam mana...Jika perlu penjelasan lanjut...carilah orang-orang yang berilmu....  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...