05 Ogos 2010

Virus Kencing Tikus..

Catatan Ayah

Berikut adalah petikan dari Berita Harian Online...

Lagi mangsa virus kencing tikus



Oleh Zuliaty Zulkiffli
bhnews@bharian.com.my
2010/08/05


PETUGAS Jabatan Kesihatan Padang Terap tidak jadi memasukkan klorin ke Sungai Janing selepas menyedari kehadiran wartawan dan jurugambar yang membuat liputan. Kakitangan kesihatan mati selepas mandi di Hutan Lipur Lata Bayu Baling


KUALA NERANG: Seorang kakitangan Jabatan Kesihatan meninggal dunia akibat dijangkiti virus Leptospirosis atau kencing tikus bulan lalu selepas mandi di kawasan Hutan Lipur Lata Bayu, Baling. Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Marzuki Md Isa, berkata lelaki berusia lingkungan 20-an itu meninggal dunia selepas mendapat rawatan di Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Katanya, dua lagi rakan mangsa yang berusia lingkungan 20-an dan 30-an masih dirawat di hospital sama sejak beberapa hari lalu apabila mengalami simptom demam serta sakit kepala selepas berkelah di situ.


“Mangsa yang meninggal dunia itu ialah kakitangan Jabatan Kesihatan, tetapi berkemungkinan bertugas di negeri lain.


“Berikutan itu, Jabatan Kesihatan negeri menutup dua lagi kawasan rekreasi di negeri ini iaitu Hutan Lipur Lata Bayu di Baling dan Air Terjun Bukit Wang di Jitra selepas dikesan dicemari kuman itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Akhbar ini semalam melaporkan pihak berkuasa menutup kawasan Hutan Lipur Puncak Janing, dekat sini kepada orang ramai sejak hampir sebulan lalu selepas air Sungai Janing, di situ dikesan tercemar kuman leptospirosis.


Sebelum ini, jangkitan virus Lelioidosis dan Leptospirosis dikesan di Lubuk Yu, Maran, Pahang yang sehingga kini menyebabkan tujuh kematian, termasuk yang terbaru seorang anggota bomba berusia 50 tahun yang meninggal dunia di Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh pada 27 Julai lalu.


Pada 10 Julai lalu, Pusat Rekreasi Lubuk Yu diarahkan ditutup serta-merta selepas enam maut, manakala 83 lagi disyaki dijangkiti bakteria Leptospirosis.


Semua mangsa dijangkiti bakteria itu selepas dipercayai terbabit dalam usaha menyelamat seorang pemuda yang lemas di lubuk berkenaan pada 26 hingga 30 Jun lalu.


Bagaimanapun, kelmarin kerajaan Pahang mengesahkan Pusat Rekreasi Lubuk Yu bebas daripada ancaman bakteria Melioidosis dan Leptospirosis selepas tiada lagi kes baru dikesan sehingga Rabu minggu lalu.


Dr Marzuki berkata, sebelum ini dua pesakit yang mempunyai simptom sama turut dimasukkan ke Hospital Jitra selepas mereka berkelah di Air Terjun Bukit Wang, tetapi sudah dibenarkan pulang apabila sembuh sepenuhnya.

Adakah ini bala terbaru yang diturunkan Allah kepada kita? Marilah kita bersama-sama bermuhasabah, merenungkan segala amalan kita selama ini. Bala yang diturunkan Allah Taala tidak mengenal siapa, ia boleh menimpa sesiapa sahaja.
 
Selalulah kita mengamalkan cara hidup yang sihat, minum air RO yang secara saintifiknya mampu menyahkan bakteria...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...