12 Ogos 2010

Ujian Bulan Ramadhan

Catatan Ayah

Tadi ada meeting kat pejabat FMS di Hospital Sultanah Bahiyah. Antara yang terlibat dari Kangar adalah Mohd Nor, Nadzari, Ah Tong dan aku sendiri. Aku ke HSB bersendirian menunggang ERku manakala yang lain-lain kongsi kenderaan dengan Mohd Nor.

Meeting bermula jam 9 pagi berkisar program mentor/mentee...

Kesian kat Roslan dan Zuhairi yang menerima ujian Allah Taala tadi. Kereta depa terlibat dalam kemalangan kecil dekat HSB tadi.


Kereta yang terlibat adalah Kelisa Zuhairi, Wira Roslan dan Avanza (aku tak kenal pulak siapa pemiliknya). Wira Roslan mengalami kerosakan bahagian belakang manakala Kelisa Zuhairi mengalami kerosakan bahagian hadapan. Tak sempat pulak aku temuramah Zuhairi bagaimana kejadian sebenar yang berlaku.


Harap-harap tu berbanyaklah bersabar kerana semua ni ujian Allah Taala belaka untuk menguji tahap kesabaran dalam bulan Ramadhan ni...
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...