28 Ogos 2010

Trip ke Sungai Petani..

Catatan Ayah

Sekali lagi trip aku ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani...buat QA Test untuk OPG dan Digital Radiographic...

Aku sampai agak awal di HSAH...Mi Korea pun tak sampai lagi...dan orang pun tak berapa ramai lagi memandangkan cuti hari jumaat bagi Kedah...



Sementara dok tunggu Mi Korea kat lobi hospital...sempat juga lelapkan mata sekejap...



Buat QA test OPG ni lain sikit....


OPG atau OrthoPantomoGram...adalah dental x-ray untuk melihat keadaan rahang atas dan bawah...macam kat HTF, OPG yang digunakan adalah jenis sistem analog...manakala di HSAH adalah dari jenis digital..


Lagi penerangan mengenai OPG boleh dibaca di sini...

Sistemnya fully digital....dengan kata lain tak perlu pakai cassette...semuanya pakai detector...semua control kat monitor...


Bila buat test untuk ceph...detector perlu ditukar dan diletakkan di tempat ceph....


Manakala bila nak buat panoramic...kena ubah detector ke bahagian panoramic pulak...


Bila nak buat beam alignment test...kena ikatkan cassette dekat detector....


Selesai OPG...sambung buat QA test Digital Radiographic pulak....


Model ini juga tidak menggunakan cassette...tetapi menggunakan detector...semuanya menggunakan detector dan software...


Lagi info berkenaan dengan Digital Radiography boleh dibaca di sini...

Kedua-dua tugasan dibuat bersama dengan Mi Korea...selesai jer job...apalagi baliklah...kali ni aku ambil keputusan untuk balik melalui Merbok dan Yan...saja jer untuk layan leper....tapi leper pun untuk short-corner je...jalan kampung...daripada tak dak orang kata...layan jer lah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...