14 Ogos 2010

Trip ke Sungai Petani..

Catatan Ayah

Hari ni aku ke Sungai Petani dengan niat awal untuk tukar tayar ER6n aku. Aku akan tukar tayar kat Mega Fortune. Memandangkan yang ibu nak beli baju raya kat anak-anak, jadi aku bawa sekali family bersama cuma depa naik Kenari dan aku macam biasa, dengan ER aku. Kami bertolak dalam pukul 9 am.

Apa-apa hal, perangat enjin dulu...


Lepas tu kasi isi minyak, baru boleh jalan...


Aku terus ke Kangar untuk ambik duit kat Bank dan ibu terus ke UUM untuk ambik Farhana. Kami akan jumpa balik kat R&R Gurun. Selepas tu, aku ambik jalan ke Changloon dan terus ke R&R Gurun. Pagi-pagi ni tak banyak kereta atas jalan, tapi aku cuma maintain dalam 120~140km/j saja. Bukan apa, tayar belakang dah botak, lepas tu time ambik korner rasa goyang sikit..

Aku sampai dulu kat Gurun. Lama juga tunggu ibu sampai...Tak ramai orang kat R&R Gurun dan semua kedai tutup, maklumlah bulan puasa.




Suasana pagi Gunung Jerai yang masih diselimuti kabus...indahnya alam ciptaan Allah Taala..


Selepas pakat-pakat berehat kat Gurun, kami terus ke Sungai Petani. Aku sampai dulu kat Mega Fortune. Sana, terus motor aku masuk workshop untuk ditukarkan tayar. Aku memilih untuk menukar tayar Bridgestones BT021 Sport Touring sebab aku bukannya kaki leper.


 Tayar sedang ditukar dan dibuat balancing...macam tukar dan buat balancing tayar kereta...


Semua siap...tayar RM480, bobbin satu set RM50, paddock stand serta J-hook RM220...semua sekali terbang RM750...


So...lepas ni aktiviti bebaslah...mula-mula ibu ajak pi Valley Mall Sungai Petani...nak tengok baju raya budak-budak..Seperti biasa, aku sampai dulu dan kena tunggu...parking sebelah kapchai R1..hehehe...


Valley Mall..pada nama nampak gah..tapi rupa-rupanya, tak dak apa pun kat dalam. Kedai tak banyak mana pun....


Adik dengan bangcik macam biasa, lompat...lari...dua-dua beradik...kalau tak sabar.....Tanpa sedar, jam dah pukul 3 pm. Apa yang dapat cuma baju adik dengan baju bangcik seorang sehelai dan seluar kakak sehelai. Sembahyang dak lagi, jadi aku ambik keputusan pi sembahyang dulu kat masjid Al-Mutaqqin, Taman Ria...sebelum pi ambik kurma...


Lepas tu, sambung lagi...cari baju raya...tapi kali ni cuma ibu, mak dengan Farhana saja yang pusing-pusing. Aku cuma dok dalam kereta saja teman anak-anak yang keletihan. Motor tadi tinggal kat masjid jer buat sementara waktu...senang berjalan sikit...




Selesai...ambik balik motor kat masjid, terus balik. Waktu balik, singgah sat kat R&R Gurun...masing-masing terleleh keletihan...


Waktu balik, pakat nak singgah Jackel Alor Star pulak...


Yang syoknya, on the way ke Jackel Alor Star, aku kena tahan dengan JPJ depan SMTAS. Macam biasa pegawai JPJ tu minta lesen. So aku tunjukkanlah lesen...Dalam dok tengok lesen, terjadilah perbualan ini...

Pegawai JPJ: "Lama dah abang pakai motor ni"..
Aku: "Lamalah jugak"
Pegawai JPJ: "Berapa harga motor ni?"
Aku: "Yang ni model 2009...harga dia dulu RM32K...tapi yang la ni 2010..harga dia RM38K..."
Pegawai JPJ: "Loan berapa interest?...bank mana boleh masuk?..."
Aku: "CIMB bagi 5%..."
Pegawai JPJ: "9 tahun boleh dak?.."
Aku: "Tak boleh...5 tahun saja..." Macam pegawai bank pulak (dalam hati....hahahaha)..tak pa la no...saya nak pi tengok baju raya sat kalau OK..."
Pegawai JPJ: "OKlah...abang pi saja la..."

Sampai Jackel....tunggu anak-anak ler kat dalam kereta...ibu dengan mak pi cari tudung...katanya...


Last-last jam dah pukul 6 pm. Nak buka puasa pun dah tak lama lagi..Baliklah..Ibu pi hantar Farhana dulu kat UUM. Aku terus balik...Sebelum tu berenti rehat sat kat Tol Malau..




Aku sampai rumah pukul 7pm..Ibu, mak dengan anak-anak buka puasa dalam kereta...nah ambik....Hari ni lengkap perjalanan sejauh 269.1 km...


Lagi gambar boleh dilihat di sini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...