09 Ogos 2010

Tayar kena skru..

Catatan Ayah

Balik dari minum kat Ayob petang tadi, sekali tayar belakang ER6n kena skru. Tayar pun dah hujung nyawa, kena skru pulak. Padan tadi naik dengar bunyi "kruk-kruk", lepas tu dengar bunyi "psstttt". Rupa-rupanya dah masuk skru.


Pi tampung kat kedai tayar kereta, tanam "cacing" kena RM5. Rasa-rasanya hari sabtu ni nak ke Mega Fortune SP...kasi tukar tayar belakang. Hayat tayar pun dah sampai penghujung. Kali ni rasa-rasanya nak tukar BT020 pulak. Dok study tengok, banyak pendapat mengatakan yang BT020 tahan lama sikit berbanding BT016 sebab BT016 ni tayar soft/medium compound. Kalau kaki leper, OKlah pakai BT016. Tapi aku ni bukan kaki leper sangat pun. BT020 ni tayar touring, sesuai sikit sebab aku banyak "travel"...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...