07 Ogos 2010

Persiapan Berniaga...

Catatan Ayah

Tadi aku dengan Nadzari ambil 'half-day leave'. Bukannya apa, cuma untuk buat persiapan berniaga esok sempena Kempen Penyusuan Ibu anjuran HTF di Taman Kemajuan. Kami akan menjual kurma tangkai, kueh bangkit dan kueh siput. Kemungkinan akan ada penambahan makanan lagi.

Sister Ina pulak telefon minta kami jual air. Fikir punya fikir, timbul idea untuk buat jus amra asam boi. Jadi tadi minta tolong Ibu pi beli apa yang patut kat Hafifah.

Aku dengan Nadzari pula pi ambil kurma sebanyak 10 karton sebagai persiapan.


2 karton dikhaskan untuk Haji Latif, 1 karton untuk Cik Ami dan 1 karton untuk Sr dan SN yang tempah. Selebihnya akan diniagakan esok.

Sr Ina bagitahu yang meja kami bernombor 1 dan 2. Sewanya kepada kami cuma RM40 sahaja.

Balik dari ambil kurma, apalagi...bersiap untuk persiapan jus amra ler...

Buah amra yang telah siap dibasuh dan akan di'blender' esok pagi dibuat jus...


Sementara tu minta Ibu masak gula untuk dibuat air gula...


Nadzari akan buat 'jelly' dan kek coklat. Kueh bangkit ditempah daripada Shidah dan kueh siput daripada Fiza. Nadzari akan ambil esok sekali dengan ais kiub.

Semoga esok tak hujan dan cuaca akan baik....dan semoga esok semua akan berjalan dengan lancar...

Kawan-kawan yang berada disekitar dijemput hadir untuk memeriahkan suasana..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...