01 Ogos 2010

Mini MAHA

Catatan Ayah


Mini MAHA sedang berlangsung di Dataran 350, Kangar. Ekspo ini berlangsung dari 29 Julai 2010 hingga 1 Ogos 2010. Banyak pameran dan jualan hasil pertanian diadakan.

Jadi aku luangkan masa bawa famili ke sini untuk ronda-ronda tengok apa yang ada..

Bernas jual beras 15% RM16 untuk 1 kampit 10kg...

 Alhamdulillah, hujan cuma rintik dan terus berhenti. Kalau tidak, mungkin terhalang program kami sekeluarga...


Anak-anak cukup teruja dan seronok dapat melihat haiwan-haiwan yang dipamerkan oleh Jabatan Haiwan...


Dalam dok ronda-ronda, terlihat basikal tua yang dipamerkan sebagai hiasan. Teringat basikal tua kepunyaan arwah ayah dulu. Tak taulah kat mana basikal tu sekarang. Dengan basikal itulah aku belajar menunggang basikal sekitar akhir 70-an dulu.


  Hampir 3 jam kami ronda-ronda sekitar ekspo, sampai anak-anak semua keletihan...Kesian...


Sambil-sambil rehat, makan roti ditepi padang woodball. Dulu padang ni adalah Stadium Dato Sheikh Ahmad. Selepas Stadium Utama siap dibina, maka Stadium Dato Sheikh Ahmad dirobohkan dan dijadikan padang woodball. Setiap petang ramai orang datang bermain woodball.


Memandang kereta aku pun dah lama tak basuh, sebelum balik pi basuh dulu kereta tu...


Kesimpulannya, satu pameran yang bagus...yang banyak mendatangkan idea untuk menjadikan pertanian itu satu perniagaan. Banyak idea-idea yang aku dapat untuk membanyakkan produk-produk pertanian untuk dipasarkan...

Lagi gambar-gambar sekitar ekspo ini dapat dilihat di sini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...