10 Ogos 2010

Madass @ "punggong gila"

Catatan Ayah

Akhirnya sampai juga Madass 125 ke Perlis. Kelmarin dulu tengahari, waktu nak pergi kerja semula terpandang Madass ni kat Chen Motor. Jadi tadi tanpa berlengah, aku pun terus ke Chen Motor.

Sebelum ni, aku cuma baca review kat SBM dan Majalah Online luar negara sahaja. Banyak komen-komen yang menarik tentang motor ni. Kat SBM Motorsport dah lama dah masuk. Motor ni didatangkan dari Germany buatan Sachs dan diedarkan oleh Momos.

Sampai saja kat Chen Motor, Chen terus offer kat aku, "ha! macam mana...nak try? Angkatla satu.."

Tapi bila aku minta start motor,  pandai pulak dia kata minyak tak ada...

Pandangan pertama, motor ni memang nampak hodoh. Bahkan isteri aku kata, "motor apa macam ni?..nampak rangka saja".

Tapi bagi aku, motor ni memang ada "class". Lain dari yang lain dalam kategori moped. Bahkan kat KL sudah ada group MadAss Owner.

Berkapasiti 125cc, motor ni sesuai untuk buat ulang-alik kerja. Pendapat aku lebih baik dari KSR110. "Best" juga buat main trek kecil macam kat UUM.

Harga yang Chen Motor tawarkan RM5,890, tidak termasuk cukai jalan dan insuran. Bagi aku agak berbaloi jika dibandingkan motor-motor kapcai yang ada di pasaran sekarang ni. Cuma tentang alat-ganti tu tak tau lah. Tapi jika dijaga dengan elok, tak lenjan gila-gila macam mat rempit, rasa-rasanya OK kot.

Berbanding motor-motor kapcai yang lain, bagi aku yang bertinggian 155cm agak tinggi bila di atas pelana. Hanya hujung kaki yang berpijak di bumi nyata jika menggunakan kedua-dua kaki untuk tegakkan motor ini. Agak ringan, lebih kurang sama dengan motor-motor kapcai yang lain.



Pandangan hadapan




Satu-satunya moped yang mempunyai "under-tail exhaust"

Meter digital serta "electric starter"

Enjin 125cc. menurut Chen, enjin boleh "upgrade" ke 150cc

 
"Adjustable Mono-shock suspension" dan "kick starter"

 
Tayar belakang "tubeless" 120/70-16

"Single disk brake" untuk tayar belakang

Sekali tengok macam enjin EX5

Tangki minyak dalam chasis

Tayar depan "tubeless" 90/80-16 dan "single disk brake"

Lampu depan yang comel dan "ignition switch", lain dari yang lain

Enjin buatan Sachs, Germany

"Under tail exhaust" yang menarik. Bayangkan jika diganti dengan Yoshimura atau "2 beradik"

So, amacam...berkenan???



6 ulasan:

  1. Bro.nak tanya sikit..motor ni ada masalah tak?

    BalasPadam
  2. kalau nak tanya pasal spare part boleh col 017-3244145 for madass 125, harga ikut harga kilang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro mseh ada jual spare part madass tak??

      Padam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...