16 Ogos 2010

Kimtech...

Catatan Ayah

Hari ni aku attend training berkenaan penggunaan KIMTECH kat HSB. Training diadakan di Bilik Seminar di Wad 5D.


Seperti biasa, aku ke HSB dengan ER6n aku manakala Mat Nor, Own, Ah Tong, Shidah pi dengan Nadzari. Aku sampai sana dalam pukul 1:30 tengahari. Training bermula pada pukul 2:00 petang.




Training berkisar penggunaan KIMTECH semasa melakukan PPM atau BM. KIMTECH adalah sejenis tisu yang mempunyai chemical untuk tujuan disinfect peralatan. Ia berupaya untuk mematikan bakteria serta virus yang ada pada peralatan sehingga 99.999%..

Training dikendalikan oleh Siti Mozalina dan disampaikan oleh wakil dari Kimberly-Clarkson..



Training tamat dalam pukul 4:00 petang. Kesimpulannya, KIMTECH ni bagus untuk menghindarkan kita dari virus-virus penyakit berbahaya semasa kita melakukan kerja seharian di hospital.

Selesai training, aku balik dan sampai kat rumah dalam pukul 4:30 petang. Lepas sembahyang asar, ajak family ke Kangar untuk hantar balik RO Puan Rosina. Selesai pasang balik RO dia, suami Puan Rosina minta aku pasang FRP kat rumah dia..Alhamdulillah...dapat lagi rezeki ramadhan...plan untuk pasang hari sabtu atau ahad nanti..

Lepas tu apalagi...jalan-jalan pasar ramadhan ler..apalagi. Kali ni kami pi Pasar Ramadhan Kangar kat perkarangan Stadium Utama. Seperti biasa, banyak gerai yang ada dan ramai orang...tapi jika compare dengan pasar ramadhan Kuala Perlis, rasa-rasanya pasar ramadhan Kuala Perlis banyak lagi orang berniaga...


 Seperti biasa, macam-macam ada..kuih-muih, berbagai jenis sup, nasi kandar, ikan bakar, gulai kawah, jus buah dan macam-macam lagi..yang perlu ada duit saja dan pilih....cuma jangan sampai membazir kerana ikut nafsu...sudahlah...




Itulah Malaysia...rakyatnya yang makmur dengan makanan..Alhamdulillah...rakyat Malaysia masih belum ada yang kebuluran walaupun masih ada yang berada di bawah paras kemiskinan...Boleh dikatakan yang kebanyakan rakyat Malaysia meninggal dunia disebabkan lebih makan..seperti obesiti, kencing manis dan sebagainya...

Jadi marilah kita bersyukur atas nikmat dan rezeki yang Allah Taala berikan kepada kita selama ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...