07 Ogos 2010

Kempen Penyusuan Susu Ibu..

Catatan Ayah

Hari ni aku dengan Nadzari terlibat dalam jualan makanan di Taman Kemajuan sempena Kempen Penyusuan Susu Ibu Peringkat Negeri Perlis mewakili Persatuan Jururawat.

Acara bermula pada pukul 8 pagi sehingga 2 petang. Alhamdulillah, cuaca hari ni elok. Kami menjual buah kurma, kueh bangkit, kueh siput, jeli kelapa pandan, air jus amra asam boi dan air berkabornat.


Terima kasih diucapkan kepada Suzaimy kerana membantu melancarkan perjalanan gerai. Banyak aktiviti yang dijalankan seperti peraduan bayi sihat, forum kebaikan susu ibu dan sebagainya.



Antara jualan yang paling laris di gerai kami adalah kurma, jeli kelapa pandan dan jus amra asam boi.

Lagi gambar boleh dilihat di sini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...