09 Ogos 2010

Beli Baju Raya Anak-Anak...

Catatan Ayah

Tadi selepas balik dari Padang Besar (repair RO Subra), aku terus ke Long Boh untuk makan kenduri. Ibu dan anak-anak pi dulu manakala mak pi awal pagi tadi. Tak tau pulak sempena kenduri apa...

Waktu aku sampai, tak ramai lagi orang...tapi lepas makan, baru orang sampai...tapi aku tak kenal pun sapa...Tak lama kemudian, hujan lebat sungguh...habis lencun ER6n aku..

Antara ramai-ramai orang yang mai tu adalah Rozita Chek Wan..Dia mai naik BMW 325..latest model..Tinggi lampai orangnya..Rupa-rupanya dia ada shooting kat rumah Dik Zizi...tak sempat nak ambik gambar sebab dia dok kalut makan nasi..


Waktu nak balik...pakat dok tengok aku naik motor pulak...aku tau la aku kaki pendek..tak padan naik ER6n...

Balik rumah bersiap untuk ke Alor Star pulak..Kali ni semua naik Kenari ke Alor Setar, melalui Jitra sebab tak jem...kat Lebuhraya Kuala Perlis-Changloon, sempat tengok padi kat bendang Teluk Epa...tak masak lagi padi...mungkin bulan depan boleh ambik kot...


 Jalan Arau-Kodiang masih tak siap lagi...lama dah tu..sambungan Kodiang-Jitra dah lama siap..pasai apa tak tau...


Kat Jitra hujan sangat lebat...sampai tak nampak depan..mula-mula bagi Ibu bawa kereta dari rumah..sampai Jitra, aku ambik alih sebab hujan lebat sangat...


Tapi kat Alor Star tak hujan pulak..aku terus ke Pekan Rabu..Lama dah ke Pekan Rabu ni..sekarang jejantas kat pekan Rabu tu siap ada eskelator...Inilah pembangunan Kerajaan Pas Ustaz Azizan..Dulu tak pula dibuat...semasa pemerintahan BN..tapi BN dok kata tak dak pembangunan kat Kedah...macam mana tu??Aku tengok banyak pembangunan yang dilakukan semenjak Ustaz Azizan ambik alih lepas pilihanraya dulu...

Lepas Pekan Rabu...ke Pacific pulak...last-last cuma baju adik dengan bang cik saja yang beli...kat Kakak dengan Huzaifah tak beli lagi...nampak gayanya dalam bulan puasa ni kena mai lagilah untuk beli baju kakak dengan Huzaifah pulak...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...