12 Julai 2010

Demam Piala Dunia 2010...

Catatan Ayah



Dengan ini, maka berakhirlah demam piala dunia 2010 yang berlangsung di Afrika Selatan. Yang merupakan kali pertama yang diadakan di benua Afrika. Bila agaknya piala dunia boleh diadakan di Malaysia? Dan bilakah agaknya Malaysia mampu ke piala dunia?

Perlawanan akhir yang berlangsung pada pukul 2:30 pagi tadi (waktu Malaysia) menyaksikan pertembungan antara Sepanyol dan Belanda dan kemenangan berpihak kepada Sepanyol (1-0). Dan ini merupakan pertama kali Sepanyol menjuarai piala dunia.

Sepanjang sebulan piala dunia berlangsung, ramai yang berjaga malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak, tetapi berapa ramai antara kita yang berjaga malam untuk sembahyang tahajud? Marilah kita renung-renungkan...

Cuba bayangkan betapa indahnya bila kita terjaga di waktu malam, sebelum menonton perlawanan bola sepak, kita bersembahyang sunat tahajud 2 rakaat...selepas itu, tontonlah perlawanan bola sepak itu...

Dengan tamatnya perlawanan akhir tadi..maka berakhirlah edisi piala dunia kali ini dan 4 tahun lagi, jika umur panjang kita akan kembali berjaga malam untuk rutin yang sama. Waktu itu edisi piala dunia akan berlangsung di Brazil pada tahun 2014.

Jumpa lagi di Brazil 2014...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...