30 Julai 2010

Tokay @ gecko...

Catatan Ayah

Baru-baru ni terdapat satu berita yang amat memberangsangkan...sumber pendapatan baru bagi penternak-penternak. Penternakan terbaru iaitu penternakan tokay....

Kerana harga pasaran khabarnya untuk tokay sekarang ni mencecah RM15,000 untuk 300 gram...Ini disebabkan limpa haiwan ini digunakan untuk membuat vaksin HIV di Thailand...

Maka, sesiapa yang berminat untuk menternak haiwan...silakan...hahahahha




Petikan dari Wikipedia boleh dibaca di sini...



Tadi Zarizi cerita...ada orang datang tengok tokay yang dia bela...tapi berat cuma 170g sahaja...So tak jadi beli.....kena bela lagi...kalau tidak?????

29 Julai 2010

RO Elken...

Catatan Ayah

Siap sudah repair RO System Elken kepunyaan Cikgu Omar. Banyak benda yang leaking, semua kena tukar. Kini siap untuk dihantar kembali kepada Cikgu Omar.






Sistem RO Ken 2 Elken....sistem yang bagus tapi harga pasaran agak mahal...jika dibandingkan dengan model-model yang lain di pasaran...terdapat banyak model lagi yang setanding dengan model ini....jika ada sesiapa yang inginkan maklumat lanjut...sila tinggalkan komen di bawah...

Kurma...

Catatan Ayah

Bulan Ramadhan semakin hampir. Bila sebut saja bulan Ramadhan maka tidak boleh tidak orang akan kaitkan dengan buah kurma. Umat Islam amat digalakkan malah sunat hukumnya berbuka puasa dengan makan buah kurma.

Buah kurma amat kaya dengan unsur zat besi dan kalsium. Ia mampu menggantikan tenaga kita yang kehabisan ketika berpuasa. Menurut pakar pemakanan, kurma sangat baik dimakan ketika bersahur dan ketika berbuka puasa.

Rencana mengenai buah kurma boleh dibaca di sini.

Sehubungan dengan itu, aku dan rakan kongsi aku pun membuat jualan amal buah kurma sempena bulan Ramadhan ini. Kami jual buah kurma dengan berkongsi dengan pihak HTF dengan sebahagian keuntungan akan dimasukkan ke tabung khidmat sosial HTF.

Selain itu, kami juga jual buah kurma kepada rakan-rakan dan orang ramai. Kurma yang kami jual ini diimport dari Iran.






Kami jual kurma-kurma ini dengan harga RM10 sekotak dan penghantaran adalah percuma sekitar Perlis sehingga ke Jitra dan Alor Star. Jika ada sesiapa yang hendak mendapatkan kurma ini dengan kuantiti yang banyak (untuk dijual sepanjang Ramadhan atau untuk diberikan kepada sesiapa sahaja sebagai sedekah), sila hubungi aku atau Nadzari, kami sedia berunding untuk memberi diskaun.

Sepanjang Ramadhan ini, selain banyak makan kurma, kita juga hendaklah minum air yang banyak sama ada diwaktu malam supaya badan kita cukup kandungan air. Sebaik-baiknya adalah air minuman RO...

27 Julai 2010

Elken RO System

Catatan Ayah

Petang tadi Cikgu Omar dari Taman Jaya Diri telah minta aku untuk repair RO System Elken dia. RO sistem Elken dia mengalami kebocoran.

Hasil pemerhatian aku, kebocoran itu berkemungkinan datang dari solenoid valve. Ada kemungkinan connector dah leak atau solenoid valve tu rosak. Jadi aku bawa balik sistem tu ke rumah untuk troubleshoot.


Tapi malam ni aku rasa tak larat nak troubleshoot lagi RO ni...sebab rasa letih sangat dan sakit kepala sikit...mungkin tadi kerja banyak sikit...buat PPM dengan tolong Mat Nor bagi user-training...lagi pun hujan lebat tadi...

Ni pun baru habih prepare Invoice untuk LO yang baru dapat tadi dari Pejabat Kesihatan Perlis. Rasa-rasanya esok kot baru nak troubleshoot RO Elken tu.

Mat Nor tengah dok ajaq depa...

Tapi aku rasa depa semua ni staff nurse-staff nurse.....esok lusa lupa ler apa yang telah diajar...selalunya yang lepas-lepas macam tu ler...berbuih ayaq liuq rasanya aku dok bagi training..balik-balik macam tu juga...itu semua atas attitude rasanya...ambik tau sambil lewa sahaja...

Dalam dok sakit kepala ni...terasa sedap pulak lagu ni....layan jer lah...

Alhamdulillah...

Catatan Ayah

Alhamdulillah, setelah 2 hari melangut saja, kini dapat kembali online sama ada blog atau facebook. Laptop sudah kembali seperti biasa, cuma performance laptop ni belum sampai tahap yang sebelum ini...masih kurang berpuas hati lagi.

Masih banyak software yang belum dimasukkan lagi..Ini semua gara-gara virus yang menyerang sistem pc aku...

InsyaAllah...lepas ni semuanya akan kembali seperti sediakala...2 hari aku dok melangut saja...habis semua dvd yang ada aku tengok...gara-gara tak boleh online..nak pi ride..dok hujan tiap-tiap hari...

Tapi sekarang...Alhamdulillah...

 

23 Julai 2010

Ramadhan...

Catatan Ayah



Syaaban dah hampir ke penghujung. Dan Ramadhan bakal datang, InsyaAllah. Ramadhan, bulan yang mulia.

Kita semua sebagai umat Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan....Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Ramadhan yang perlu kita tahu sebagai umat Islam...

1. Al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan. Ayat pertama diturunkan oleh Allah Taala kepada Nabi Muhammad SAW melalui Jibrail adalah ayat 1 hingga ayat 5 Surah Al-Alaq. Diturunkan ketika Nabi Muhammad SAW berada di Gua Hira pada 17 Ramadhan.

2. Perang Badar iaitu peperangan pertama umat Islam berlaku pada 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah. Di mana umat Islam seramai 313 orang berperang dengan kaum musyrikin Mekah seramai 1,000 orang. Kemenangan berpihak kepada umat Islam.

3. Pembukaan Kota Mekah, selepas kaum musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiyah. Dan umat Islam dapat memasuki Kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah dan berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke 10 Hijrah.

Selain dari itu, terdapat satu malam di bulan Ramadhan yang mana malam ini lebih baik dari seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadar. Malam yang penuh dengan keberkatan...

Maka marilah kita sama-sama siapkan diri kita untuk memanfaatkan setiap detik di bulan Ramadhan ini...semoga kita sama-sama mendapat keberkatan Allah Taala selagi kita diberi rezeki umur yang panjang...InsyaAllah...

22 Julai 2010

Sambutan birthday Mat Nor...

Catatan Ayah

Tadi kami semua kat office mengadakan majlis sambutan hari jadi Mohd Nor. Harijadi beliau jatuh pada hujung bulan Julai ni.

Banyak juga juadah kali ini antaranya laksa, markaroni bakar, cucur badak dan karipap serta buah-buahan. Antara yang joint sekali Shukri FM dan Pozi.



Selamat harijadi diucapkan kepada Mat Nor dan semoga murah rezeki selalu...


Lagi gambar-gambar sekitar sambutan tadi boleh dilihat di sini...

21 Julai 2010

Trip ke HSB

Catatan Ayah

Hari ini aku buat tugasan QA test Mobile Fluoroscopy kat Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star. Mesin ini dulunya telah rosak dan baru sahaja dibaiki. Jadi aku ditugaskan untuk buat ujian QA untuk lesen pengesahan penggunaan peralatan ini untuk setahun.

Seperti biasa aku ke sana dengan menaiki ER6n aku. Kali ini aku mengambil route melalui Kodiang-Jitra-Hutan Kampung-Hospital Sultanah Bahiyah. Masa yang diambil untuk siapkan ujian ini lebih kurang 5 jam dengan bantuan Syaiful.

Mobile fluoroscopy yang diuji

Selepas siap kerja tadi, ada jumpa Radzali Puniran, bekas staf Healthtronics Kulim. Beliau kini telah bekerja dengan syarikat yang membekalkan peralatan makmal patologi.

Tadi sempat juga menghubungi Nazri Bongor Kudong, kawan lama aku kat SMTAS dulu. Lama juga tak dengar berita dari beliau. Tapi tak berkesempatan untuk berjumpa dengan dia sebab dia berada di luar kawasan.

Petang tadi juga dapat berita yang mana isteri kepada Pijan telah meninggal dunia di HTF. Takziah diucapkan kepada Pijan. Semoga roh isterinya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...Amin.

Al-fatihah...

20 Julai 2010

Pemasangan RO...

Catatan Ayah

Petang tadi aku, Own dan Nadzari sempat pasang lagi satu sistem RO. Kali ini kami pasang kat rumah Pak Cik Halim di Repoh. Pak Cik Halim adalah salah seorang pesakit buah pinggang dan menjalani rawatan hemodialisis di Hospital Tuanku Fauziah. Selama ini beliau melanggan bekalan air RO dari Water Tech dan membayar sebanyak RM2.00 sebotol.

Pak Cik Halim telah memilih untuk memasang sistem NK2000. Pemasangan cuma mengambil masa selama setengah jam sahaja.



Sistem RO NK2000 merupakan sistem penulenan air menggunakan kaedah reverse osmosis (RO). Model ini dijual dengan harga promosi RM1600 berbanding kebiasaannya kami jual dengan harga RM1800. Harga pasaran semasa di antara RM2000 hingga RM2700.

Spesifikasi boleh di lihat di sini dan di sini...

19 Julai 2010

Takziah...

Catatan Ayah

Hari ni kat Kampung Sentang, terdapat 2 kematian iaitu Pak Long Samad dan Kak Nah Bakar.

Berita kematian Pak Long Samad diketahui pada pukul 9:00 pagi tadi kerana sakit tua. Allahyarham jatuh sakit lebih kurang 2 minggu. Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Surau selepas zohor tadi.

Manakala Kak Nah Bakar meninggal akibat tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Takziah kepada kedua-dua keluarga Allahyarham dan Allahyarhamah...

Semoga roh kedua-dua Allahyarham dan Allahyarhamah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...

Amin...

Al-Fatihah...

 

18 Julai 2010

Alhamdulillah...rezeki kurniaan Allah...

Catatan Ayah

Syukur Alhamdulillah...ke atas limpah kurnia rezeki Allah kepada kami sekeluarga..Pagi-pagi, mak kepada kawan sekolah kakak telah datang untuk beri buah dokong....


Selain dokong...sepupu Khairol telah beri sebiji cempedak...Alhamdulillah...boleh makan pulut cempedak malam ini...


Kat rumah pulak, Ibu masak laksa...favourite aku..Alhamdulillah..

Kuah laksa....sekilo ikan kembung...


 Laksanya pakai laksa bungkus jer...senang...


Alhamdulillah...nikmatnya makan laksa...hujan pulak tu hari ni...


Antara 'hantu-hantu' laksa....




Apa-apa pun..Alhamdulillah atas rezeki kurniaan Allah Taala...

Pemasangan RO...

Catatan Ayah

Tadi aku dengan Khairol telah buat pemasangan RO NK2000 kat Kuaters Kediaman Pegawai Perubatan Padang Besar iaitu rumah Subra. Terpaksa menapak ke tingkat empat. Adoi...punyalah tinggi..macam nak terlucut lutut bawa naik RO dan perkakas untuk buat pemasangan...



 Tak banyak masalah semasa pemasangan...dalam setengah jam...siap...



Inilah sistem RO model NK2000...



Model ini adalah model 'portable' dan pemasangan adalah 'plug and play' dan boleh DIY. Model ini menggunakan sistem penulenan air secara kaedah 'reverse osmosis' (RO). Ia berharga RM1600.00 berbanding dengan harga pasaran semasa RM2500 dan ke atas. Model ini hanya memberi air RO normal sahaja tanpa panas/sejuk.

Spesifikasi model ini boleh dilihat di sini dan di sini...

Selesai pemasangan di rumah Subra, kami ke Felda Chuping untuk tukar tubing RO pula sebab tubing yang lama dah 'crack'. Selalunya tubing RO tahan selama 2 tahun saja.

Siap di Felda Chuping, kami ke Mata Ayer pulak...tukar tubing juga...

Rasullullah SAW...

Catatan Ayah



Petikan dari Wikipedia

Pesanan terakhir Rasulullah (Isi khutbah terakhir Rasulullah)



Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.


"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.


"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.


"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.


"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.


"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.


"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.


"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
 

Jalan-jalan ke UUM...

Catatan Ayah

Petang tadi selepas asar, ajak family ke UUM...saja-saja jalan.

Dalam perjalanan...terserempak dengan kaki rempit...bahaya kalau dok buat macam ni adik-adik...



Kat UUM, lepak kat trek go-kart..kagum tengok aksi 2 beranak...seorang ayah yang menunggang KSR melayan anaknya meleper...



Lagi gambar....boleh lihat di sini...

17 Julai 2010

Sesi membasuh...

Catatan Ayah

Balik dari mesyuarat JIBG, tengok motor...ya Allah..teruknya...maka aku ambil keputusan untuk...basuh..

Selepas basuh ER6...



Selesai basuh ER6, tukar minyak enjin Wave 100 dan basuh motor Wave...

Sekarang senang hati sikit bila tengok motor-motor tu shining....lagi gambar boleh ditengok di sini...

Mesyuarat JIBG...

Catatan Ayah

JIBG, Jemaah Ibu Bapa dan Guru...sama fungsinya dengan PIBG. Ia adalah persatuan yang diwujudkan oleh Pusat Asuhan dan Tadika Islam (PASTI).

Pagi tadi, PASTI Al-Islah mengadakan perjumpaan dan melantik AJK baru JIBG bagi sesi 2010/2011. Selain dari itu, ia juga merupakan perjumpaan antara ibubapa dan guru-guru PASTI. Bertujuan untuk mengikuti perkembangan anak-anak.

Aku dan Ibu sempat berjumpa dengan Cikgu Hana iaitu cikgu yang bertanggungjawab ke atas Bang Cik...untuk melihat perkembangan Bang Cik dan melihat keputusan peperiksaan penggal tahun PASTI bagi kanak-kanak umur 4 tahun baru-baru ini..

Melihat kepada kertas-kertas jawapan dan perkembangan Bang Cik...Alhamdulillah..

Salah satu kertas jawapan Bang Cik...



 Gambar-gambar lain boleh dilihat di sini...

16 Julai 2010

Trip ke Kulim...15/7/2010

Catatan Ayah

Hari ni aku mendapat tugasan untuk membuat QA test dan PPM untuk Radiographic/Fluoroscopic Units, Mobile di Hospital Kulim. Sepatutnya aku kena siapkan tugasan ini bulan April lepas, tapi disebabkan menunggu kelulusan LPTA dan giliran menggunakan fluoro tools...maka terpaksa ditangguh sehingga hari ni...

Pagi...aku bertolak jam 0800hrs melalui Changloon..sebab ikut Changloon ni..jalan kurang sesak sikit...lagi pun boleh layan laju sikit...

Berhenti kat R&R Gurun untuk isi minyak...


Suasana pagi di Shell R&R Gurun...



Berhenti minum Nes Tarik sambil layan suasana pagi di Kulim Hi-Tech...



Proses QA sedang dilakukan dengan bantuan Ahmad Yusri...



Alhamdulillah...semua siap...masa untuk jalan-jalan...



Tapi...program untuk jalan-jalan terpaksa ditangguhkan sekejap....disebabkan hujan...nasib baik Gul pun datang ke Hospital Kulim...boleh juga sembang-sembang..lepas Gul balik, apalagi buat taik mata dulu ler kat BEMS Office...Lepas hujan reda..terus contact Zam..alhamdulillah Zam ada kat rumah, so terus ke rumah Zam...di Taman Sri Tanjung...Lepak-lepak sambil sembang...terima kasih Zam...sebab jamu mee goreng...



Balik...singgah kat Sungai Petani untuk bagi balik tools yang dipinjam daripada Sohaimi...



Akhirnya...sampai kat rumah...dalam pukul 9:00 malam...lengkap 350.5km riding hari ni....


13 Julai 2010

Mengunjung...

Catatan Ayah

Sekali lagi takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Faizal Othman. Allahyarham meninggal dunia pada 12/7/2010 akibat serangan sakit jantung dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kodiang jam 11:30 pagi tadi.

Aku sampai ke perkarangan Masjid Kodiang jam 10:00 pagi tadi diikuti Ayoi, Gul, Saki, At Pak Lah dan Mail. Kemudian bersua dengan Pak Un (Nasrun) yang datang dari Langkawi. Semasa kami sampai, jenazah baru selesai dimandikan dan sedang dikafankan. Sedih terasa di hati ketika melihat jenazah dikafankan. Terasa diri ini masih lagi kekurangan...Sebak terasa di hati bila melihat anak-anak Allahyarham yang masih kecil...

Jenazah dibawa ke Masjid Kodiang dan disembahyangkan lebih kurang pukul 11:00 pagi. Kami semua berkesempatan untuk menyembahyangkan jenazah....



Di luar masjid juga bersua dengan Rosliza...


Nasrun yang datang dari langkawi seawal jam 8:00 pagi tadi...


Tersangkut dalam hujan semasa balik dari Kodiang...


Sehubungan dengan pemergian Allahyarham, Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak yang berusia di bawah 12 tahun. Bagi sesiapa yang ingin menyumbang kepada keluarga Allahyarham, boleh berhubung dengan Gul Hazmie di sini...

Kenangan semasa bersama Allahyaham tetap tersemat di sanubari....

Semoga Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang beriman...

Amin...

Al-Fatihah...


12 Julai 2010

Takziah...

Catatan Ayah



Hari ini aku mendapat 2 perkhabaran yang menyedihkan...iaitu pulangnya sepupu aku Abang Man dan Faizal Othman, sahabat aku semasa di Sekolah Teknik Alor Setar ke rahmatullah.

Abang Man kembali ke rahmatullah di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star disebabkan penyakit kanser hati. Beliau dikebumikan di Alor Star petang tadi selepas asar.

Manakala Faizal meninggal tadi di PPUM kerana serangan jantung dan khabarnya akan dikebumikan di Kodiang malam ini juga..



Takziah diucapkan kepada kedua-dua keluarga Allahyarham. Semoga roh kedua-dua Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang beriman...

Amin...

Al-Fatihah..

Demam Piala Dunia 2010...

Catatan Ayah



Dengan ini, maka berakhirlah demam piala dunia 2010 yang berlangsung di Afrika Selatan. Yang merupakan kali pertama yang diadakan di benua Afrika. Bila agaknya piala dunia boleh diadakan di Malaysia? Dan bilakah agaknya Malaysia mampu ke piala dunia?

Perlawanan akhir yang berlangsung pada pukul 2:30 pagi tadi (waktu Malaysia) menyaksikan pertembungan antara Sepanyol dan Belanda dan kemenangan berpihak kepada Sepanyol (1-0). Dan ini merupakan pertama kali Sepanyol menjuarai piala dunia.

Sepanjang sebulan piala dunia berlangsung, ramai yang berjaga malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak, tetapi berapa ramai antara kita yang berjaga malam untuk sembahyang tahajud? Marilah kita renung-renungkan...

Cuba bayangkan betapa indahnya bila kita terjaga di waktu malam, sebelum menonton perlawanan bola sepak, kita bersembahyang sunat tahajud 2 rakaat...selepas itu, tontonlah perlawanan bola sepak itu...

Dengan tamatnya perlawanan akhir tadi..maka berakhirlah edisi piala dunia kali ini dan 4 tahun lagi, jika umur panjang kita akan kembali berjaga malam untuk rutin yang sama. Waktu itu edisi piala dunia akan berlangsung di Brazil pada tahun 2014.

Jumpa lagi di Brazil 2014...

11 Julai 2010

Jamuan makan...

Catatan Ayah

Hari ni adik Syuhada buat jamuan makan sempena 'birthday' dia dan mak..Tak ramai yang dipanggil..cuma saudara dekat dan kawan-kawan saja...

Jamuan makan bermula dalam pukul 3 petang sehingga makanan habis..

Bang Cik lapaq nasi...sebab tak makan dari pagi...kesian...



Antara menu yang hampir habis....laksa..



Makanan orang dulu-dulu...iaitu Serabai...mungkin orang-orang muda sekarang ni tak kenal makanan ini...



Dan dicicah dengan serawa durian...



Agar-agar...


Pulut kuning...



Kepada semua yang hadir...terima kasih diucapkan...lain kali ada rezeki...kami akan buat lagi...

Lain-lain gambar boleh dilihat di sini...

10 Julai 2010

Israk Mikraj...

Catatan Ayah

Hari ni umat Islam menyambut lagi satu hari kebesaran dalam Islam iaitu peristiwa Israk Mikraj...Tetapi kita sebagai umat Islam janganlah hanya sambut dan syok cuti saja tetapi kita hendaklah ambil pengajaran dari perjalanan Nabi Muhammad SAW ini...

Berikut adalah petikan dari http://www.al-azim.com/. Marilah kita bersama-sama berkongsi ilmu dari laman ini...

"Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Sudut Agama menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.



Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj


Sebelum Israk dan Mikraj


Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.


Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):


Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:


i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.


ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;


iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);


Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :


§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.


§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).


§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).


§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.


§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.


§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.


§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.


§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.


§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.


§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.


§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.


§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.


§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.


Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.


Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):


Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).


i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.


ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.


iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.


iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.


v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.


vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.


vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).


viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.


ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.


x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:


Allah S.W.T : Ya Muhammad.


Rasulullah : Labbaika.


Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.


Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.


Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.


Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.


Selepas Mikraj


Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu. (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.


(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)


Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.


Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.


Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."


(Surah Al-Israa': Ayat 1)."

Jadi..marilah kita ambil pengajaran dari peristiwa ini dalam kehidupan kita sehari-hari dan mohon keberkatan Allah Taala selalu....

09 Julai 2010

Piala Dunia 2010...

Catatan Ayah



Piala dunia...setelah 4 tahun berlalu...dan kini ia telah melanda...demam piala dunia..

Bermula dari 10 Jun 2010 yang lalu akan akan berakhir pada 12 Julai 2010 nanti..



Maka ramailah yang akan berjaga malam hingga ke pagi semata-mata nak tengok perlawanan bola...yang tak minat bola pun...tiba-tiba minat tengok bola..Bagi yang melanggan Astro..dapatlah tengok semua perlawanan secara langsung...bagi yang tak melanggan Astro...terpaksalah bergantung kepada RTM...tetapi tak semua perlawanan yang disiarkan oleh RTM secara langsung..

Bagi yang tak berapa minat bola..tiba-tiba minat tengok bola...termasuklah aku...tak tau pasai apa...terasa nak tengok bola..maka berjaga malamlah juga...



Bagi edisi kali ini...perlawanan akhir yang akan berlangsung pada 12 Julai 2010 nanti adalah antara Sepanyol dan Belanda...ramai yang meramal yang Belanda akan menjuarai Piala Dunia kali ini. Bagi aku...tak taulah...Pasukan yang kuat seperti Argentina, Brazil dan Germany dah kalah...

Apa-apa pun, insyaAllah..aku pun akan berjaga malam nanti untuk tengok perlawanan akhir...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...