20 Jun 2010

Ayah...

Catatan Ayah

20 Jun....setiap tahun pada tarikh ini orang ramai meraikannya sebagai hari bapa. Bapa, ayah, abah, daddy dan sebagainya...namun aku sudah tiada lagi ayah di sisi..baik ayah sendiri mahupun ayah mentua. Kedua-duanya sudah meninggal dunia. Ayahku sendiri meninggal pada tahun 2000, seminggu selepas aku berkahwin dengan isteri pertama dulu..tapi ayah mertua bekas isteriku masih ada...cuma ayah mentua isteriku sekarang pun sudah tiada...

Sedar tak sedar...aku juga seorang ayah sekarang...ayah kepada 4 orang anak...3 putera dan seorang puteri..Muhammad Amir Huzaifah yang kini berumur 9 tahun...tinggal bersama ibunya yang juga bekas isteriku di Pokok Sena, Nurul Irdina Ilham, 8 tahun...Muhammad Harith Haikal, 4 tahun...dan Muhammad Iman Haziq, 2 tahun yang tinggal bersama aku serta isteriku sekarang...

Besar tanggungjawab seorang ayah...dulu sewaktu kecil-kecil..tak pernah aku terfikir sebegini berat tanggungjawab seorang ayah...kerana ayah aku dulu tak pernah merungut akan penat lelah membesarkan kami 3 beradik...tak pernah ajak kami tiga beradik ke bendang untuk menolongnya...apa yang kami minta...pasti akan cuba ditunaikan...


Dulu...tahun 2000...ayah meninggal di sisi aku seorang diri...tanpa sempat emak dan adik-adik bersama ayah..cuma aku seorang sahaja...

Malam tu selepas seminggu majlis kenduri perkahwinan aku yang pertama, ayah membuat majlis makan malam untuk meraikan orang kampung yang menolong menguruskan majlis perkahwinan aku...kenduri basuh para..panggilan orang Perlis...malam itu dengan tak semena-mena ayah penat..selalunya ayah berdegil tidak mahu ke hospital...tapi entah macam mana bila aku ajak ayah ke hospital...dia bersetuju...semasa hendak ke hospital, ayah sempat beritahu orang yang datang ke rumah yang dia akan ke hospital sekejap sahaja dan dia akan balik...ayah turun sendiri ke bawah rumah dan naik kereta sendiri tanpa perlu dipapah...dalam perjalanan ke hospital...ayah sempat kerkata kepada aku supaya bawa kereta elok-elok...sampai ke hospital..dia masuk ke bilik kecemasan dengan berjalan sendiri...tanpa perlu dipapah..cuma aku pegang tangan sahaja dan aku tidurkan atas katil...kemudian doktor minta aku keluar untuk daftarkan nama ayah...

Selepas daftarkan nama ayah..aku masuk semula ke bilik kecemasan...alangkah terkejutnya bila diberitahu yang ayah sudah tiada....tergamam aku waktu tu....sedih yang amat sangat...

Teringat kata-kata ayah tadi yang dia tak lama di hospital...dan akan balik sekejap lagi...memang dia tak lama di hospital...

Teringat juga aku...sebelah petang sebelum majlis kenduri basuh para...ayah bawa mak berjalan keliling rumah...bagitau yang pokok-pokok buah-buahan...jangan dibuang supaya anak-cucu boleh makan...juga teringat aku bagaimana dia membaiki bahagian rumah yang rosak bersama-sama aku petang tu...rupa-rupanya itu adalah kali terakhir kerja-kerja ayah sebelum tinggalkan kami semua...

Aku juga sedih sebab anak-anak aku tak sempat mengenali tok wan mereka...cuma boleh lihat gambar sahaja...itu pun tak banyak gambar yang ada sebab kami dulu adalah tergolong orang yang agak susah...tak mampu memiliki kamera...




Semangat ayah akan aku bawa sampai bila-bila...akan aku didik anak-anak aku sebagai mana ayah mendidik aku dulu...akan aku didik anak-anak aku menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara...insyaAllah...

Untuk ayah...Al-Fatihah...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...