27 Jun 2010

Ride durian...

Catatan Ayah

Sabtu, 26/6/2010...aku dengan Che Ami ambik keputusan untuk riding ke Balik Pulau untuk makan durian. Route yang kami pilih melalui Changloon (Plus Highway) hingga ke Balik Pulau..Kami bertolak dalam pukul 1030hrs..

Tunggu Che Ami kat Lebuhraya Kuala Perlis-Changloon..


Laluan kami melalui Changloon dan berhenti isi minyak kat Shell R&R Gurun (U)..


Sambil-sambil rehat...jumpa group dari MPK Perlis dalam perjalanan ke Hutan Lipur Sedim..


Sampai Batu Feringgi setelah kepanasan dalam kesesakan jalan dari Jambatan hingga Tanjung Bungah...Masalah Pulau Pinang ni adalah kesesakan...Bila masalah ni nak settle tak tau lah...Jenuh berpeluh dalam jacket dan full face..Nasib baik aku pakai street naked bike..taklah sakit tangan dan bahu...cuma jenuh jugalah nak menyelit..Che Ami teruk sikitlah sebab motor dia Sport bike type...

Kat Hotel Tanjung Bungah juga..tak banyak motor yang ada...mungkin dah konvoi...Mereka berkumpul sempena Penang Bike Week 2010...

Rehat sambil minum-minum dan sembang-sembang...lepak...sebelum meleper


Laluan dari Batu Feringgi ke Balik Pulau memang mencabar...selain selekoh kiri-kanan, jalannya kecik dan selekoh tajam...dan kereta juga banyak..akhirnya sampai juga ke Balik Pulau....

Durian udang merah...sedap..berlemak..antara durian yang tersedap di Balik Pulau..isinya lembut dan gebu...makan sebiji dengan Che Ami...dan bungkus bawa balik 2 biji..


Durian kunyit...kurang sikit jika dibandingkan dengan udang merah...



Sambil-sambil makan...terserempak dengan group easyrider meleper...


2 bangsa...2 darjat...tapi tetap layan...tayar yang menceritakan segalanya...leperan...


Selepas puas makan..apalagi..balik...leperan sekali lagi menuruni bukit dan singgah sat kat empangan...


Empangan pun dah kurang air..



Menikmati keindahan alam...




Masa balik..jumpa ramai juga group-group yang datang untuk Penang Bike Week..mungkin depa dah balik dari konvoi..Kat Hotel Tanjung Bungah..ramai dan banyak motor yang parking...

Isi minyak dulu on the way balik...



Sampai Tol Hutan Kampung...perjalanan terus dari Jambatan Pulau Pinang hingga Tol Hutan Kampung dengan kelajuan 160~180km/j..jenuh juga nak ikut R1 Che Ami...sejuk je dia pi..Ikut kami sebuah ER6-n dan masuk Alor Star..


Sampai rumah dalam pukul 7:00 malam dan lengkap perjalanan sejauh  398.2km...

24 Jun 2010

Jalan-jalan Alor Star...

Catatan Ayah

Emak ajak pi beli kain untuk buat baju raya..Mula-mula ajak ke Kangar..tapi aku ambil keputusan untuk ke Alor Star..lebih tepat lagi ke Jackel..So pukul 1700hrs, kami pun terus ke Alor Star selepas aku balik kerja.


Jackel Alor Star ni baru buka. Sebelum ni cuma kat Sungai Petani saja. Bulan lepas ramai sungguh orang mai ke Jackel ni..mungkin sebab baru buka kot..tapi tadi orang tak ramai. Sekarang depa tengah buat sale sempena pembukaan kat Alor Star ni..

Mak pilih kain untuk dia dan adik Syuhada...


Ibu pun beli kain juga...


Selesai beli kain..cadang-cadang nak ke Tesco pulak...beli barang keperluan sikit. Memandangkan maghrib dah nak masuk..kami terus ke Masjid Aman...


Teringat dulu masa kat Sekolah Teknik Alor Star...kami semua jalan kaki dari sekolah sampai sini setiap hari jumaat selama 2 tahun...

Selesai solat..terus ke Tesco...yang paling gembira adalah bang cik dengan adik..dari rumah tak henti-henti kata nak ke Tesco. Apa yang seronok kat Tesco tu tak taulah...


Mungkin seronok dok dalam troli kot...


Tak dak apa pun yang dibeli...cuma pampers, beras, berus gigi dan sabun basuh saja...

22 Jun 2010

Rai kejayaan kakak...

Catatan Ayah

Hari ini merupakan hari yang menggembirakan hati aku sebagai seorang ayah. Sekali lagi...kakak mendapat keputusan peperiksaan pertengahan penggal. Dan sekali lagi kakak mendapat nombor 1 di dalam kelasnya.

Alhamdulillah...berkat usaha dan sokongan dari kami sekeluarga untuk kakak...kakak berjaya sekali lagi...Syukur ke hadrat Allah Taala atas kurniaNya..

Untuk meraikan kejayaan kakak..aku ambil keputusan untuk membawa semua keluarga makan kat luar..tapi kat mana???

Selepas berbincang dengan ibu...kami ambil keputusan untuk ke Kandis...restoran yang berdekatan dengan Stadium Utama..


Malam ni...tak ramai pulak orang yang datang untuk menjamu selera di sini...selalunya ramai juga...mungkin tengah bulan kot...


Mula-mula nak order pakej..tapi ibu cakap tak mahu pakej...just order yang biasa saja. Lalu kami order nasi goreng kampung 3 pinggan untuk kakak, mak dan mak cik. Nasi goreng biasa untuk bang cik, mee goreng untuk ibu dan bihun bandung untuk aku. Adik pula makan kentang goreng. Minuman pula milo tarik, oren bancuh dan nescafe. Semuanya RM34.90...

Adik dengan kentang gorengnya...


Bang cik dengan nasi gorengnya...tapi makan tak habis...


Kakak dengan favouritenya...nasi goreng kampung...balik-balik nasi goreng kampung...bukan tau order yang lain...











Penjara Pudu...



Terlakar sejarah...berakhirnya Penjara Pudu...1895 ~ 2010...

20 Jun 2010

Ayah...

Catatan Ayah

20 Jun....setiap tahun pada tarikh ini orang ramai meraikannya sebagai hari bapa. Bapa, ayah, abah, daddy dan sebagainya...namun aku sudah tiada lagi ayah di sisi..baik ayah sendiri mahupun ayah mentua. Kedua-duanya sudah meninggal dunia. Ayahku sendiri meninggal pada tahun 2000, seminggu selepas aku berkahwin dengan isteri pertama dulu..tapi ayah mertua bekas isteriku masih ada...cuma ayah mentua isteriku sekarang pun sudah tiada...

Sedar tak sedar...aku juga seorang ayah sekarang...ayah kepada 4 orang anak...3 putera dan seorang puteri..Muhammad Amir Huzaifah yang kini berumur 9 tahun...tinggal bersama ibunya yang juga bekas isteriku di Pokok Sena, Nurul Irdina Ilham, 8 tahun...Muhammad Harith Haikal, 4 tahun...dan Muhammad Iman Haziq, 2 tahun yang tinggal bersama aku serta isteriku sekarang...

Besar tanggungjawab seorang ayah...dulu sewaktu kecil-kecil..tak pernah aku terfikir sebegini berat tanggungjawab seorang ayah...kerana ayah aku dulu tak pernah merungut akan penat lelah membesarkan kami 3 beradik...tak pernah ajak kami tiga beradik ke bendang untuk menolongnya...apa yang kami minta...pasti akan cuba ditunaikan...


Dulu...tahun 2000...ayah meninggal di sisi aku seorang diri...tanpa sempat emak dan adik-adik bersama ayah..cuma aku seorang sahaja...

Malam tu selepas seminggu majlis kenduri perkahwinan aku yang pertama, ayah membuat majlis makan malam untuk meraikan orang kampung yang menolong menguruskan majlis perkahwinan aku...kenduri basuh para..panggilan orang Perlis...malam itu dengan tak semena-mena ayah penat..selalunya ayah berdegil tidak mahu ke hospital...tapi entah macam mana bila aku ajak ayah ke hospital...dia bersetuju...semasa hendak ke hospital, ayah sempat beritahu orang yang datang ke rumah yang dia akan ke hospital sekejap sahaja dan dia akan balik...ayah turun sendiri ke bawah rumah dan naik kereta sendiri tanpa perlu dipapah...dalam perjalanan ke hospital...ayah sempat kerkata kepada aku supaya bawa kereta elok-elok...sampai ke hospital..dia masuk ke bilik kecemasan dengan berjalan sendiri...tanpa perlu dipapah..cuma aku pegang tangan sahaja dan aku tidurkan atas katil...kemudian doktor minta aku keluar untuk daftarkan nama ayah...

Selepas daftarkan nama ayah..aku masuk semula ke bilik kecemasan...alangkah terkejutnya bila diberitahu yang ayah sudah tiada....tergamam aku waktu tu....sedih yang amat sangat...

Teringat kata-kata ayah tadi yang dia tak lama di hospital...dan akan balik sekejap lagi...memang dia tak lama di hospital...

Teringat juga aku...sebelah petang sebelum majlis kenduri basuh para...ayah bawa mak berjalan keliling rumah...bagitau yang pokok-pokok buah-buahan...jangan dibuang supaya anak-cucu boleh makan...juga teringat aku bagaimana dia membaiki bahagian rumah yang rosak bersama-sama aku petang tu...rupa-rupanya itu adalah kali terakhir kerja-kerja ayah sebelum tinggalkan kami semua...

Aku juga sedih sebab anak-anak aku tak sempat mengenali tok wan mereka...cuma boleh lihat gambar sahaja...itu pun tak banyak gambar yang ada sebab kami dulu adalah tergolong orang yang agak susah...tak mampu memiliki kamera...




Semangat ayah akan aku bawa sampai bila-bila...akan aku didik anak-anak aku sebagai mana ayah mendidik aku dulu...akan aku didik anak-anak aku menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara...insyaAllah...

Untuk ayah...Al-Fatihah...






19 Jun 2010

TTS SP..

Catatan Ayah

Hari ni aku pi SP untuk service motor PJF4234. Sampai Mega Fortune dalam pukul 0930hrs, elok-elok kedai baru buka. Terus jadi 1st customer. Motor cuma tukar minyak enjin dan oil filter saja. Selepas tengok cara depa buat kerja, confirm lepas ni aku bpleh buat sendiri. Dalam pukul 1015hrs, kerja siap.

Terus aku ke Pelita Nasi Kandar sebab dah buat temujanji dengan Ayoi untuk TTS. Antara yang mai Ayoi, Gul, Norizam dan Mail Sungai Tiang.

Sembang panjang dari pukul 11 pagi sampai 3:30 petang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...