28 Mei 2010

Trip ke KL...26/5/2010~28/5/2010



Catatan Ayah

Aku telah ke KL pada 26/5/2010 untuk tolong adik Syuhada pindah rumah. Rumah barunya terletak di Seksyen 4 Kota Damansara.

Aku bertolak lebih kurang pukul 8:30 pagi dari rumah. Dalam perjalanan, aku singgah sekejap di Public Mutual Alor Star untuk uruskan EPF kawan-kawan untuk dilaburkan ke dalam Public Mutual Unit Trust.

Selesai urusan di Public Mutual, aku teruskan perjalanan dan singgah di Mega Fortune Bikes Sungai Petani. Singgah di situ untuk beli disk lock dan screen shield. Disk lock tu harganya RM98 manakala screen shield Puig harganya RM650. Aku beli juga spray rantai yang harganya RM40.


Selesai urusan di Sungai Petani, aku teruskan perjalanan. Lama juga bawa motor dalam purata kelajuan 140km/j hingga 160km/j. Kemudian aku berhenti rehat di Simpang Pulai. Sempat juga sembang-sembang dengan budak jual buah dekat situ dan seorang pak cik yang nampaknya agak berminat dengan motor berkuasa tinggi.

Kemudian aku teruskan perjalanan dan singgah pula di stesen minyak Petronas R&R Sungai Perak. Sementara dok isi minyak, sempat juga bersembang dengan budak petrol pump di situ yang berminat hendak tahu lebih lanjut mengenai motor aku.

Selesai isi minyak aku teruskan perjalanan tanpa henti. Di pertengahan perjalanan, aku bersua dengan geng-geng dari Singapore yang menunggang motor...yang salah satunya adalah Kawasaki Z1000.


Insyaallah...satu hari nanti aku akan upgrade ke motor ini pulak...


Kemudian aku keluar ke Ijok untuk isi minyak. Jalan dari Ijok ke Lebuhraya Guthrie sungguh menakjubkan. Selekoh kiri kanan, boleh mencabar skill..


Selepas layan kiri kanan asah lutut, rehat sekejap kat tepi Lebuhraya Guthrie. Kemudian teruskan perjalanan ke Lubuhraya Plus dan terus ke Kota Damansara.


Malam...lepak kat kedai mamak dekat taman perumahan berdekatan dengan Pasar Borong Selangor, borak-borak dengan Asri, Mukhsin dan Zul...


Keesokan harinya...27/05/10, operasi tolong adik pindah rumah bermula. Sewa lori dengan pekerja seramai 4 orang, mereka angkat barang-barang dari rumah lama (tingkat 1) dan bawa ke rumah baru (tingkat 3)..


28/05/10...bersarapan sebentar di Kota Damansara sebelum pulang ke Perlis. Aku bertolak ke Perlis dalam pukul 8:45 pagi..


Banyak kenderaan atas lebuhraya, barangkali orang ramai ambil kesempatan untuk balik kampung sempena cuti hari wesak. 'Jam' bermula dari KL hingga Tapah. Cuma kelebihan aku adalah bermotorsikal. Jadi taklah tersangkut dalam 'jam' atas lebuhraya. Waktu balik konvoi dengan ER6f dan Strad sampai Tapah kemudian konvoi dengan FJ1000 sampai Sungai Perak. kemudian aku solo sampai rumah. Aku sampai rumah lebih kurang pukul 1:40 tengah hari.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...