28 Mei 2010

Trip ke KL...26/5/2010~28/5/2010



Catatan Ayah

Aku telah ke KL pada 26/5/2010 untuk tolong adik Syuhada pindah rumah. Rumah barunya terletak di Seksyen 4 Kota Damansara.

Aku bertolak lebih kurang pukul 8:30 pagi dari rumah. Dalam perjalanan, aku singgah sekejap di Public Mutual Alor Star untuk uruskan EPF kawan-kawan untuk dilaburkan ke dalam Public Mutual Unit Trust.

Selesai urusan di Public Mutual, aku teruskan perjalanan dan singgah di Mega Fortune Bikes Sungai Petani. Singgah di situ untuk beli disk lock dan screen shield. Disk lock tu harganya RM98 manakala screen shield Puig harganya RM650. Aku beli juga spray rantai yang harganya RM40.


Selesai urusan di Sungai Petani, aku teruskan perjalanan. Lama juga bawa motor dalam purata kelajuan 140km/j hingga 160km/j. Kemudian aku berhenti rehat di Simpang Pulai. Sempat juga sembang-sembang dengan budak jual buah dekat situ dan seorang pak cik yang nampaknya agak berminat dengan motor berkuasa tinggi.

Kemudian aku teruskan perjalanan dan singgah pula di stesen minyak Petronas R&R Sungai Perak. Sementara dok isi minyak, sempat juga bersembang dengan budak petrol pump di situ yang berminat hendak tahu lebih lanjut mengenai motor aku.

Selesai isi minyak aku teruskan perjalanan tanpa henti. Di pertengahan perjalanan, aku bersua dengan geng-geng dari Singapore yang menunggang motor...yang salah satunya adalah Kawasaki Z1000.


Insyaallah...satu hari nanti aku akan upgrade ke motor ini pulak...


Kemudian aku keluar ke Ijok untuk isi minyak. Jalan dari Ijok ke Lebuhraya Guthrie sungguh menakjubkan. Selekoh kiri kanan, boleh mencabar skill..


Selepas layan kiri kanan asah lutut, rehat sekejap kat tepi Lebuhraya Guthrie. Kemudian teruskan perjalanan ke Lubuhraya Plus dan terus ke Kota Damansara.


Malam...lepak kat kedai mamak dekat taman perumahan berdekatan dengan Pasar Borong Selangor, borak-borak dengan Asri, Mukhsin dan Zul...


Keesokan harinya...27/05/10, operasi tolong adik pindah rumah bermula. Sewa lori dengan pekerja seramai 4 orang, mereka angkat barang-barang dari rumah lama (tingkat 1) dan bawa ke rumah baru (tingkat 3)..


28/05/10...bersarapan sebentar di Kota Damansara sebelum pulang ke Perlis. Aku bertolak ke Perlis dalam pukul 8:45 pagi..


Banyak kenderaan atas lebuhraya, barangkali orang ramai ambil kesempatan untuk balik kampung sempena cuti hari wesak. 'Jam' bermula dari KL hingga Tapah. Cuma kelebihan aku adalah bermotorsikal. Jadi taklah tersangkut dalam 'jam' atas lebuhraya. Waktu balik konvoi dengan ER6f dan Strad sampai Tapah kemudian konvoi dengan FJ1000 sampai Sungai Perak. kemudian aku solo sampai rumah. Aku sampai rumah lebih kurang pukul 1:40 tengah hari.


23 Mei 2010

Trip ke HSAH...

Catatan Ayah

Hari ini aku ada tugasan untuk membuat QA test General Fluoroscopy kat Hospital Sultan Abdul Halim. Aku bertolak dari rumah lebih kurang pukul 8:30 pagi. Jalan dari rumah hingga Alor Star lancar sebab Perlis cuti hujung minggu hari ini. Cuma jalan sekitar Alor Star sesak sikit sebab Kedah sudah bermula kerja.

Lebuhraya dari Alor Star juga agak lancar. Aku cuma tunggang motorsikal sekitar 130 ~ 140km/jam sahaja. Aku sampai di Tol Sungai Petani Utara sekitar jam 9:30 pagi. Sampai situ, aku berhenti rehat sekejap untuk hisap rokok.



Setelah berhenti sekejap, aku terus ke Hospital Sultan Abdul Halim. Sampai sana, aku terus ke tingkat 5 iaitu pejabat BEMS. Rupa-rupanya staff BEMS Sungai Petani sedang bermesyuarat, lalu aku berehat sekejap sehingga mereka habis bermesyuarat.

Aku dan Sohaimi mula buat testing dalam pukul 11:00 pagi.


General Fluoroscopy, HSAH


Didapati salah satu monitor telah rosak

 
Tube dalam keadaan yang baik


Selesai kerja dalam pukul 2:30 petang, terus ke Taman Peruda untuk makan. Aku makan dekat gerai nasi beriani berdekatan dengan IKM, Sungai Petani. Nasi beriani kambing di situ sedap cuma hari ini agak lewat dan lauk kambing sedah habis. mahu tak mahu, makan nasi beriani dengan ayam sahajalah.


Gerai Nasi Beriani Aqeem


Nasi Beriani Ayam

Selesai makan, terus isi minyak dan sembahyang kat Masjid Muttaqin, Taman Ria. Mula bergerak balik Perlis lebih kurang jam 4:00 petang. Cuaca agak panas.

Perjalanan pulang berjalan lancar dan lebuhraya tidak sesak. Aku terus keluar melalui Tol Hutan Kampung. Sampai di sana aku berehat sekejap sambil hisap rokok.



Tak lama, sekumpulan motor superbike yang terdiri dari ST1400 dan KLM500 lalu dan mereka ajak aku joint sekali. Aku joint sehingga Malau dan keluar ke Jitra dan terus balik ke rumah. Aku sampai di rumah lebih kurang pukul 5:30 petang.



07 Mei 2010

Test B Full

Catatan Ayah

Tadi dah siap ambil periksa B full. Test dijalankan lebih kurang pukul 9:30 pagi. Alhamdulillah test berjalan dengan lancar. Dan Alhamdulillah aku telah lulus.


Selesai test terus ke Hong Leong Bank untuk bayar down payment motor dan esok InsyaAllah pi ambik motor kat SP.


06 Mei 2010

Test Motor...

Catatan Ayah

Esok test motor. Tadi IKMP call dan confirm esok masuk test JPJ untuk B full. Tadi juga dapat berita yang loan motor dah lulus. Esok akan bank-in duit dan jika tiada sebarang masalah berbangkit, hari sabtu pi Sungia Petani ambil motor ER6-N, warna hitam plate PGF4324...InsyaAllah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...