25 April 2010

NBE 650

Catatan Ayah

Latihan memandu dah lengkap 8 jam. Hari sabtu lepas aku telah ambil pra ujian QTI memandu B dan alhamdulillah aku lulus. Sekarang cuma tunggu panggilan dari IKMP untuk ujian memandu JPJ pula. InsyaAllah, jika lulus aku akan ada lesen B full.

Tadi aku pi bayar duit kereta dan masukkan duit untuk Huzaifah. Balik dari bank singgah sekejap kat Chen Motor. Saja singgah untuk tengok Naza NBE 650.


Harga sekarang RM 27,000. Tengah offer sebab yang ni salah satu edisi akhir yang pakai karburator. Selepas ini model ni akan guna fuel injection. Harga dia mungkin akan naik hingga RM34,000. Motor ni agak ringan jika dibandingkan dengan VX535. Cuma hendel dia agak lebar dan tempat pijak agak jauh ke depan. Jika aku ambil motor ni, tempat pijak kena modified sikit untuk anjak ke belakang sikit.

Performance tak tau lagi sebab tak dak motor test drive. Tapi kalau ikut test drive kat internet, ulasan dia bolehlah jika dibandingkan dengan harga dia.

Sekarang pilihan aku untuk motor baru sama ada ER6N atau NBE650 ni. Kalau second-hand, tengoklah apa-apa yang masuk bajet nanti.

18 April 2010

Kematian...

Catatan Ayah

Sesungguhnya kehidupan kita ini memang singkat. Kehidupan dan kematian semua ditentukan Allah Taala. Tidak disingkatkan sesaat dan tidak dilebihkan sesaat. Oleh itu sentiasalah beramal dan semoga mendapat keberkatan Allah Taala.

Begitu juga dengan apa yang terjadi kepada Achik Spin dan Din Beramboi baru-baru ini. Din Beramboi meninggal kerana demam denggi berdarah dan Achik Spin meninggal kemalangan. Semua itu adalah sebab musabab sahaja, cuma sampai masa yang dijanjikan Allah maka pulanglah kita kepadaNya.

 Pengajarannya adalah kita hendaklah sentiasa beringat dan mensiapkan diri kita sendiri dengan amalan dan semoga amalan kita sentiasa mendapat keberkatan Allah Taala.

17 April 2010

Buat maintenance motor...

Catatan Ayah

Hari ni tak dak hal cari hal. Cerita bermula dengan nak tukar minyak enjin motor. Malangnya skru bawah tempat buang minyak tak boleh buka. Sebab skru tu dah rosak.

So, aku ke Johan Hardware untuk beli socket 17mm. Saiz tu dah OK tapi masih tak boleh buka sebab bunga dia dah rosak. Pergi lagi ke Johan untuk beli 16mm socket dengan spana kunci, tapi masih tak boleh buka.

Dok try buka sampai petang, masih tak boleh buka, last-last pakai tubing hisap minyak keluar dan ganti minyak enjin baru. Nak buat macam mana lagi.

Pengajarannya, jika skru nampak macam nak rosak kepala dia, baik gantikan siap-siap sebelum terlambat. Begitu juga dalam kehidupan, jika dah dapat kesan suatu sama ada baik atau buruk, ambil tindakan segera. Kerana jika terlambat, mungkin menyesal tak sudah atau mungkin akan merosakkan kehidupan.

Bang cik pun nampaknya semakin bagus sekarang ni. Semua abjad-abjad dan nombor dah tahu. Cuma tulisan masih lemah dan pertuturan masih tak jelas. Adik pun perangai lain macam jika dibandingkan dengan bang cik dengan kakak. Adik perangainya tak mudah mengalah dan suka melawan, jika dibandingkan dengan kakak dengan bang cik, suka mengalah saja.

Bagus untuk adik jika suka melawan, cuma perlu dibimbing sikit agar melawan kepada apa yang perlu, jangan melawan tak tentu pasal.

14 April 2010

Kenari...

Catatan Ayah

Hari ini lepas buat PPM kat Klinik Kesihatan Kangar, aku pi belajar motor kat IKMP. Hari ni, begitu juga hari-hari sebelum ini, aku bawa Virago 535. Selepas sejam buat latihan, aku ada bertanya kepada instructor bagaimana dengan tunggangan aku, menurutnya, tunggangan dah OK dan sudah tiada kesalahan lagi....hanya sedikit lagi latihan dan sedia untuk ujian sebenar.

Hari ni juga aku repair Kenari kat Long Boh. Rupa-rupanya bunyi bising dari enjin adalah disebabkan pemegang alternator sudah patah. Suruh Dik E repair dan dia ambil upah RM30. Esok tengok macam mana Kenari OK atau tak.




12 April 2010

Hari ke-2 kelas memandu...

Catatan Ayah

Hari ni hari yang ke-2 pi belajar kelas memandu B full. Hari sudah tak kekok bawa Virago tu. No 8 pun dah agak selesa dan naik titi pun dah OK sikit. InsyaAllah, nanti ujian, aku akan lakukan yang terbaik....dan insyaAllah ada rezeki untuk memiliki ER6-N...

Inilah motor idaman aku. Akan aku himpun duit untuk aku beli motor ini. Bukan apa senang untuk aku travel pi buat QA test. Specifikasi motor ni boleh dibaca di sini.

10 April 2010

Kelas memandu...

Catatan Ayah

Alhamdulillah...hari ini cuaca sangat baik. Hari ini juga merupakan hari pertama aku masuk kelas memandu dalam proses untuk mendapatkan lesen B.

Kat IMKP, aku diberikan motor Yamaha VX535. Keadaan motor tak berapa baik. Sistem steringnya agak berat, mungkin handle tak berapa center atau mungkin tayar depan kurang angin. Menurut cikgu di situ (agak muda orangnya...dah depa suruh panggil cikgu, aku pun panggil cikgulah) motor tu dah banyak kali jatuh...dah nama motor belajar memandu. Setakat hari ni, cuma aku sorang saja yang belajar untuk lesen B, yang lain semua budak-budak belajar untuk ambil B2. Dah lama ambil lesen...dah 20 tahun lebih..banyak perubahan dalam ujian yang perlu diambil..antaranya nombor 8, naik titi, belok macam ular, brek kecemasan, berhenti check motor, langgar batas ubi, dan sorong motor.

First time bawa motor tu agak kekok juga...tak macam motor-motor cc besar yang pernah aku bawa sebelum ini tapi insyaAllah...aku akan menguasai motor ini dan lulus ujian.Aku belajar hari ni untuk selama 1 jam. Kelas akan bersambung hari isnin nanti...

08 April 2010

Kelas Memandu...

Catatan Ayah

Hari ini aku melangkah lagi setapak ke hadapan. Tengah hari tadi aku telah mendaftar di Driving School IKMP untuk ambil lesen B. Yuran keseluruhan sebanyak Rm350. Kelas 8 jam tanpa kursus teori. Aku akan buat sungguh-sungguh dan insyaAllah bulan depan aku akan memiliki lesen B. Dan aku akan berusaha untuk membeli motorsikal ER6N.

InsyaAllah aku akan mula masuk kelas hari jumaat dari pukul 5~6 petang. Lepas tu akan ikut kelapangan masa aku. Lagipun tadi dah bagitahu Mat Noq yang aku akan pulang awal sikit untuk persediaan kelas.

Duit terhimpun untuk down payment dah RM7000...Perlukan lagi sekurang-kurangnya RM5000 lagi...

07 April 2010

Bang cik penat...

Catatan Ayah

Sekali lagi bang cik penat lagi kelmarin. Pagi-pagi lagi dah hisap nebulizer. Tak tau pasai apa...sebab perubahan cuaca ke atau pasai debu... Sebelah tengahari pun sama juga. Aku bagi hisap nebulizer. Kesian kat Bang cik.

Kelmarin juga aku demam akibat side effect suntikan imunisasi H1N1. Suju badan sampai 37 darjah celcius. Seharian tak boleh buat kerja dan asyik tidur sahaja. Otak rasa-rasa macam tak berfungsi. Hari ini dah rasa OK sikit.

Hari ini juga aku dapat renew lesen L untuk kelas B penuh. Esok cadang-cadang nak ke sekolah memandu untuk daftar kelas ujian memandu B penuh.

05 April 2010

Upgrade lesen...

Catatan Ayah

Malam ni panas sangat. Entah-entah nak hujan..tak tau lah. Binatang-binatang kat lampu pun banyak..silap-silap boleh masuk telinga. Teringat dulu, keridik pernah masuk telinga aku sampai kena ke hospital untuk buang dari dalam telinga.

Hari ni juga pihak hospital telah mengarahkan semua staf FMS untuk terima suntikan imunisasi H1N1. Tak lah sakit sangat. Cuma bahu kiri rasa lenguh sikit selepas kena suntik. Sekarang ni banyak pula kes-kes yang H1N1 yang timbul...mungkinkah ini bala yang Allah turunkan ke bumi Malaysia akibat kelalaian kita? Marilah kita muhasabah diri kita sendiri.

Tadi aku ke Bank Islam untuk buat pinjaman peribadi. Tak taulah macam mana. Kalau ada rezeki, alhamdulillah, jika tak dapat pun alhamdulillah...mungkin ada hikmatNya.

Tadi juga aku cuba check dengan driving school untuk upgrade lesen dari B2 ke B full. Harganya RM350...kena renew lesen L yang lama dulu kemudian daftar kat IKMP. Balik cari...last-last jumpa juga lesen L yang lama tu. InsyaAllah esok kalau sempat nak ke JPJ untuk renew lesen L.

Hari ni juga pihak FMS buat jamuan perpisahan Bang Omar Mech. Bang Omar mula pencen bulan lepas. Jamuan yang dihidangkan laksa dengan kuih jala. Lepas ni dengar kata Bang Omar akan kerja kat Fine Margin...jaga boiler kat situ. Semoga Bang Omar berjaya.



Hari Sukan PASTI...

Catatan Ayah

Pada 4/4/2010, pihak tadika Bang Cik, PASTI Bestari Taman Jali mengadakan hari Sukan PASTI kawasan Kangar. Bang Cik ambil bahagian mewarna sahaja. Majlis telah diadakan di KM 2, Jalan Kaki Bukit dari jam 8 pagi hingga 2 petang. Selain melukis, acara yang diadakan adalah permainan futsal antara PASTI dan bola jaring antara PASTI bagi kawasan Kangar.


Bagi kanak-kanak yang berumur 4 tahun, cuma disediakan peraduan mewarna sahaja. Tak macam tadika kakak dahulu, banyak acara disediakan tak kira berapa umur...dan ia telah melibatkan semua murid-murid.
Secara peribadi, perjalanan hari sukan PASTI ini agak membosankan kerana acara sukan lebih ditumpukan kepada kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun, yang melibatkan semua acara. bagi kanak-kanak yang berumur 4 tahun cuma 1 acara sahaja.

Tahun depan insyaAllah, bang cik akan dihantar ke Smart Readers pulak...

02 April 2010

Birthday party...

Catatan Ayah

Ucapan takziah diucapkan kepada keluarga pelawak terkenal Malaysia, Din Beramboi yang telah kembali ke rahmatullah kerana demam denggi berdarah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Kes-kes H1N1 pula mula kembali ke Malaysia. Adakah ini bala yang Allah turunkan ke bumi Malaysia  akibat kes-kes buang bayi kebelakangan ini?

Hari ini juga kat Office, kami semua kongsi duit buat makan-makan sempena menyambut ulang tahun Farhan dan  Shafiqah. Masing-masing sudah mencecah 24 tahun dan 22 tahun. Selamat menyambut ulang tahun masing-masing.

Banyak juga makanan yang ditempah antaranya bihun soto, popia, kek dan buah-buahan. Bihun soto ditempah dari Taman Kemajuan dan popia dibawa oleh Nadzari. Jamuan bermula selepas meeting pagi lebih kurang pukul 10 pagi.

Selain daripada kami sepejabat, Sukri FM dan Ida Helpdesk turut serta dalam jamuan pagi tadi. Cuma Ah Tong yang tiada kerana out-station. Bermacam-macam kerenah masing-masing...Bagus juga buat keramaian macam ni kerana akan release tension akibat tekanan kerja-kerja seharian.

Gambar-gambar yang lain boleh dilihat dalam facebook.

01 April 2010

Ulang tahun adik yang ke-2...

Catatan Ayah

Hari ini hujan lebat lagi, siap dengan guruh dan kilat sekali. Kat pejabat tadi sistem elektrikal 'trip'. Hari ini 1/4/2010 juga adalah hari ulang tahun adik yang kedua. Hari ini genap umur adik 2 tahun.

Terasa sekejap masa berlalu. Terasa sekejap sahaja adik dah berumur 2 tahun. Pejam celik adik akan ke sekolah. Macam Bang Cik, sekarang dah masuk tadika. Lagi 3 tahun, bang cik akan masuk darjah 1.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...