28 Mac 2010

Mak Tam meninggal dunia...

Catatan Ayah

Hari jumaat 26/3/2010 dalam pukul 2:00 pagi, aku dan keluarga mendapat berita yang mana Mak Tam telah meninggal dunia. Beliau menghabiskan nafas lebih kurang pukul 12:00 tengah malam di rumahnya di Bandar Tun Razak, KL.

Setelah membuat beberapa perkiraan, kami sekeluarga telah membuat keputusan untuk ke KL dan kami berlepas ke KL lebih kurang jam 3:30 pagi.

Mujur jalan waktu tu tak dak kereta. Boleh laju sikit. Tapi sampai kat Gurun, mata ni dah tak mampu lagi bertahan. Apa-apa hal berhenti dulu kat R&R Gurun untuk tidur sekejap. Lebih kurang 10 minit terlelap, kami sambung lagi perjalanan. Sampai R&R Juru, sekali lagi berhenti untuk tidur. Terasa diri ini sudah tua kerana tak mampu bertahan lama ketika memandu. Tak macam dulu-dulu. Dulu masa kerja kat Sharp-Roxy, biasa memandu kereta dari Sungai Petani hingga Skudai, Johor tanpa henti.


Kami teruskan lagi sehingga R&R Gunung Semanggul. Kali ini tidur sekejap hingga subuh. Setelah siap sembahyang subuh baru sambung perjalanan. Kami sampai Bandar Tun Razak lebih kurang jam 12:00 tengah hari.

Sampai sana, terus kami ke tanah perkuburan sebab mayat sudah dibawa ke tanah perkuburan. Namun tak kesampaian juga apabila telah tersesat jalan. Akhirnya kami kembali ke rumah Allahyarham Mak Tam dan tunggu orang balik dari kubur di sana.

Setelah berjumpa dengan kaum keluarga dan sanak saudara, kami sekeluarga terus ke Kota Damansara, singgah sekejap kat rumah Adik Syuhada untuk rehat dan segarkan diri sebelum balik ke Perlis. Di sana aku tertidur sampai pukul 4:00 petang.


Sebelum bertolak balik, kami singgah sekejap di Giant Kota Damansara dan terus ke JM Beriani. Kat sana makan dulu nasi beriani. Aku makan nasi beriani kambing, mak dan adik Syuhada makan nasi beriani ayam, kakak dan bang cik nasi beriani saja dan ibu makan mee bandung. Nasi beriani kambing kat situ boleh tahan. Rasanya sama sedap dengan terdapat di Sungai Petani, tapi kat Sungai Petani bukan dari JM Beriani. Tapi mee bandung tidak sedap.  Rasanya kalau ikut anak tekak aku...tidak sedap.

Selesai makan, kami pun bertolak balik ke Perlis. Berhenti sekejap di R&R sugai Buluh untuk isi minyak. Kami teruskan perjalanan tanpa henti sehingga R&R Tapah. Sebelum sampai Tapah, aku cukup teruja bila melihat kelibat mat-mat motor yang menunggang ER6N, Ninja 250, Yamaha FZ1 dan berbagai lagi mencelah-celah di atas lebuhraya. Satu hari nanti, insyaAllah aku akan memiliki juga salah sebuah motorsikal tersebut.

Semasa kat R&R Tapah, aku ambil kesempatan tidur sekejap sementara tunggu mak dan ibu sembahyang. Selepas mereka selesai sembahyang, aku pulak ambil giliran untuk sembahyang. Di sini, adik buat perangai pulak...nak air botol. Rupa-rupanya bukan air botol yang dikendakinya...cuma air kotak  laici saja.

Masa kat Tapah ni, guruh berdentum dentam di langit dan nampak kilat saling sambar menyambar macam nak hujan lebat. Tapi tak hujan pun cuma hujan sekejap-sekejap atas lebuhraya sepanjang perjalanan.

Sampai di R&R Gunung Semanggol, aku berhenti lagi untuk berehat...nak buat macam mana, diri ini sudah tua. Dah tak mampu memandu lama. Sakit kat lutut sebab dok tekan pedal minyak.

Kami sampai rumah lebih kurang jam 2:00 pagi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...