29 Mac 2010

Kematian...

Catatan Ayah

Malam ni hujan lagi. Agak lama hujan turun malam ni. Patutlah dari tadi terasa bahang panas. Namun begitu kalau diingatkan lagi panas lagi di "sana" maka kalau setakat panas di dunia ni, tahan je lah.

Pagi tadi telah dapat khabar yang emak Syaiful Khairy telah meninggal dunia. Tak tahu apa penyakitnya. Arwah telah meninggal di Sungai Petani dan akan disemadikan selepas asar. Takziah buat Syaiful dan isterinya Siti Mozalina. Semoga roh emak mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Lalu teringat program Tanyalah Ustaz yang keudara di TV9 pagi tadi yang membincangkan tentang alam barzah. Program tadi diulas oleh Ustaz Hassan Din. Bila dengar segala penerangan Ustaz Hassan Din dan muhasabah diri sendiri, terasa banyak lagi amalan yang kurang dan banyak lagi amalan yang perlu ditambah. Semoga segala dosa-dosa yang ada diampun Allah Taala. Amin...

Begitu juga semalam bila menonton program Halaqah yang membincangkan tentang Yakjuj dan Makjuj. Ia adalah salah satu daripada tanda-tanda kiamat.

Hari ini juga aku telah mendapat panggilan telefon daripada Asri iaitu salah seorang kawan semasa di Sekolah Menengah Teknik Alor Setar tahun 1988 hingga 1989. Bila tengok gambar terbaru dia dalam Facebook ternyata berubah sama sekali dari dahulu. Dulu dia seorang yang kurus kering tapi sekarang dah berisi.

Ramai juga kawan-kawan dari Sekolah Teknik yang dah dapat 'contact' selain Asri seperti Ayoi, Gul, Rahiman dan beberapa orang lagi. Jika ada kesempatan seronok juga jika dibuat perjumpaan semula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...