31 Mac 2010

Kakak dapat No 1...

Catatan Ayah

Malam ni hening sahaja. Mungkin akan hujan...mungkin tidak. Tiada bintang kelihatan di langit. Namun dalam keheningan malam ini, aku bersyukur kepada Allah Taala kerana kakak telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan sekolahnya baru-baru ini. Kakak telah mendapat tempat pertama daripada 30 orang dalam kelasnya. Alhamdulillah...Terasa berbayar segala penat-lelah selama ini bekerja siang malam mencari rezeki untuk menampung perbelanjaan sekolah dan kelas tambahannya.

Hari ini aku telah ambil cuti untuk menyelesaikan beberapa perkara. Antaranya brek kereta aku telah siap dibaiki cuma 'hand brake' belum selesai kerana alat ganti perlu ditempah.

Hari ini juga telah tercipta satu sejarah juga untuk Bang Cik. Setelah menangis tak berhenti-henti hendak naik bas, petang tadi tertunai hajatnya untuk naik bas. Bang Cik naik bas ke Alor Setar dengan Ibu manakala aku, Adik dan Kakak ke Alor Setar dengan kereta dan tunggu mereka di Shahab Perdana.

Sementara menunggu Bang Cik dan Ibu sampai ke Shahab Perdana, aku telah ke Public Mutual Berhad untuk menguruskan urursan KWSP Nadzari, Nadzi dan Adik Syuhada. Semua selesai cuma borang Adik Syuhada dan Nadzari kena buat semula atas sebab-sebab kesilapan teknikal. Sekarang prodesur KWSP semakin ketat.

Selesai urusan di Public Mutual, aku ke CIMB untuk ambil buku cek baru, malangnya buku cek belum siap. Nampaknya minggu depan kena datang lagi ke CIMB untuk ambil buku cek. Tapi urusan untuk memperbaharui insuran kereta selesai. Alhamdulillah.

Syukur juga kepada Allah kerana mendapat rezeki lagi kerana aku telah mendapat bonus dari Healthtronics. Tahun ini aku telah mendapat bonud sebanyak 2 bulan. Alhamdulillah. nampak gayanya cukuplah untuk pendahuluan Ninja 250 yang aku inginkan itu. InsyaAllah, sabtu ini aku akan ke Sungai Petani untuk uruskan pembelian sewa beli Kawasaki Ninja 250 itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...