31 Mac 2010

Kakak dapat No 1...

Catatan Ayah

Malam ni hening sahaja. Mungkin akan hujan...mungkin tidak. Tiada bintang kelihatan di langit. Namun dalam keheningan malam ini, aku bersyukur kepada Allah Taala kerana kakak telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan sekolahnya baru-baru ini. Kakak telah mendapat tempat pertama daripada 30 orang dalam kelasnya. Alhamdulillah...Terasa berbayar segala penat-lelah selama ini bekerja siang malam mencari rezeki untuk menampung perbelanjaan sekolah dan kelas tambahannya.

Hari ini aku telah ambil cuti untuk menyelesaikan beberapa perkara. Antaranya brek kereta aku telah siap dibaiki cuma 'hand brake' belum selesai kerana alat ganti perlu ditempah.

Hari ini juga telah tercipta satu sejarah juga untuk Bang Cik. Setelah menangis tak berhenti-henti hendak naik bas, petang tadi tertunai hajatnya untuk naik bas. Bang Cik naik bas ke Alor Setar dengan Ibu manakala aku, Adik dan Kakak ke Alor Setar dengan kereta dan tunggu mereka di Shahab Perdana.

Sementara menunggu Bang Cik dan Ibu sampai ke Shahab Perdana, aku telah ke Public Mutual Berhad untuk menguruskan urursan KWSP Nadzari, Nadzi dan Adik Syuhada. Semua selesai cuma borang Adik Syuhada dan Nadzari kena buat semula atas sebab-sebab kesilapan teknikal. Sekarang prodesur KWSP semakin ketat.

Selesai urusan di Public Mutual, aku ke CIMB untuk ambil buku cek baru, malangnya buku cek belum siap. Nampaknya minggu depan kena datang lagi ke CIMB untuk ambil buku cek. Tapi urusan untuk memperbaharui insuran kereta selesai. Alhamdulillah.

Syukur juga kepada Allah kerana mendapat rezeki lagi kerana aku telah mendapat bonus dari Healthtronics. Tahun ini aku telah mendapat bonud sebanyak 2 bulan. Alhamdulillah. nampak gayanya cukuplah untuk pendahuluan Ninja 250 yang aku inginkan itu. InsyaAllah, sabtu ini aku akan ke Sungai Petani untuk uruskan pembelian sewa beli Kawasaki Ninja 250 itu.

29 Mac 2010

Kematian...

Catatan Ayah

Malam ni hujan lagi. Agak lama hujan turun malam ni. Patutlah dari tadi terasa bahang panas. Namun begitu kalau diingatkan lagi panas lagi di "sana" maka kalau setakat panas di dunia ni, tahan je lah.

Pagi tadi telah dapat khabar yang emak Syaiful Khairy telah meninggal dunia. Tak tahu apa penyakitnya. Arwah telah meninggal di Sungai Petani dan akan disemadikan selepas asar. Takziah buat Syaiful dan isterinya Siti Mozalina. Semoga roh emak mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Lalu teringat program Tanyalah Ustaz yang keudara di TV9 pagi tadi yang membincangkan tentang alam barzah. Program tadi diulas oleh Ustaz Hassan Din. Bila dengar segala penerangan Ustaz Hassan Din dan muhasabah diri sendiri, terasa banyak lagi amalan yang kurang dan banyak lagi amalan yang perlu ditambah. Semoga segala dosa-dosa yang ada diampun Allah Taala. Amin...

Begitu juga semalam bila menonton program Halaqah yang membincangkan tentang Yakjuj dan Makjuj. Ia adalah salah satu daripada tanda-tanda kiamat.

Hari ini juga aku telah mendapat panggilan telefon daripada Asri iaitu salah seorang kawan semasa di Sekolah Menengah Teknik Alor Setar tahun 1988 hingga 1989. Bila tengok gambar terbaru dia dalam Facebook ternyata berubah sama sekali dari dahulu. Dulu dia seorang yang kurus kering tapi sekarang dah berisi.

Ramai juga kawan-kawan dari Sekolah Teknik yang dah dapat 'contact' selain Asri seperti Ayoi, Gul, Rahiman dan beberapa orang lagi. Jika ada kesempatan seronok juga jika dibuat perjumpaan semula.

28 Mac 2010

Mak Tam meninggal dunia...

Catatan Ayah

Hari jumaat 26/3/2010 dalam pukul 2:00 pagi, aku dan keluarga mendapat berita yang mana Mak Tam telah meninggal dunia. Beliau menghabiskan nafas lebih kurang pukul 12:00 tengah malam di rumahnya di Bandar Tun Razak, KL.

Setelah membuat beberapa perkiraan, kami sekeluarga telah membuat keputusan untuk ke KL dan kami berlepas ke KL lebih kurang jam 3:30 pagi.

Mujur jalan waktu tu tak dak kereta. Boleh laju sikit. Tapi sampai kat Gurun, mata ni dah tak mampu lagi bertahan. Apa-apa hal berhenti dulu kat R&R Gurun untuk tidur sekejap. Lebih kurang 10 minit terlelap, kami sambung lagi perjalanan. Sampai R&R Juru, sekali lagi berhenti untuk tidur. Terasa diri ini sudah tua kerana tak mampu bertahan lama ketika memandu. Tak macam dulu-dulu. Dulu masa kerja kat Sharp-Roxy, biasa memandu kereta dari Sungai Petani hingga Skudai, Johor tanpa henti.


Kami teruskan lagi sehingga R&R Gunung Semanggul. Kali ini tidur sekejap hingga subuh. Setelah siap sembahyang subuh baru sambung perjalanan. Kami sampai Bandar Tun Razak lebih kurang jam 12:00 tengah hari.

Sampai sana, terus kami ke tanah perkuburan sebab mayat sudah dibawa ke tanah perkuburan. Namun tak kesampaian juga apabila telah tersesat jalan. Akhirnya kami kembali ke rumah Allahyarham Mak Tam dan tunggu orang balik dari kubur di sana.

Setelah berjumpa dengan kaum keluarga dan sanak saudara, kami sekeluarga terus ke Kota Damansara, singgah sekejap kat rumah Adik Syuhada untuk rehat dan segarkan diri sebelum balik ke Perlis. Di sana aku tertidur sampai pukul 4:00 petang.


Sebelum bertolak balik, kami singgah sekejap di Giant Kota Damansara dan terus ke JM Beriani. Kat sana makan dulu nasi beriani. Aku makan nasi beriani kambing, mak dan adik Syuhada makan nasi beriani ayam, kakak dan bang cik nasi beriani saja dan ibu makan mee bandung. Nasi beriani kambing kat situ boleh tahan. Rasanya sama sedap dengan terdapat di Sungai Petani, tapi kat Sungai Petani bukan dari JM Beriani. Tapi mee bandung tidak sedap.  Rasanya kalau ikut anak tekak aku...tidak sedap.

Selesai makan, kami pun bertolak balik ke Perlis. Berhenti sekejap di R&R sugai Buluh untuk isi minyak. Kami teruskan perjalanan tanpa henti sehingga R&R Tapah. Sebelum sampai Tapah, aku cukup teruja bila melihat kelibat mat-mat motor yang menunggang ER6N, Ninja 250, Yamaha FZ1 dan berbagai lagi mencelah-celah di atas lebuhraya. Satu hari nanti, insyaAllah aku akan memiliki juga salah sebuah motorsikal tersebut.

Semasa kat R&R Tapah, aku ambil kesempatan tidur sekejap sementara tunggu mak dan ibu sembahyang. Selepas mereka selesai sembahyang, aku pulak ambil giliran untuk sembahyang. Di sini, adik buat perangai pulak...nak air botol. Rupa-rupanya bukan air botol yang dikendakinya...cuma air kotak  laici saja.

Masa kat Tapah ni, guruh berdentum dentam di langit dan nampak kilat saling sambar menyambar macam nak hujan lebat. Tapi tak hujan pun cuma hujan sekejap-sekejap atas lebuhraya sepanjang perjalanan.

Sampai di R&R Gunung Semanggol, aku berhenti lagi untuk berehat...nak buat macam mana, diri ini sudah tua. Dah tak mampu memandu lama. Sakit kat lutut sebab dok tekan pedal minyak.

Kami sampai rumah lebih kurang jam 2:00 pagi...

18 Mac 2010

Majlis Akad Nikah Firdaus

Catatan Ayah

Malam tadi lepas maghrib, kami sekeluarga telah mengikuti rombongan akad nikah Firdaus di Behor Empiang. Firdaus berkahwin dengan Erny (bekas staff SIHAT). Rombongan bertolak lepas Isya'. Ramai juga yang pergi.

Akad nikah berjalan dengan lancar hanya dengan sekali lafaz. Jamuan yang disediakan adalah nasi dagang. Majlis kenduri sebelah pengantin perempuan diadakan pada hari ini manakala majlis kenduri pihak pengantin lelaki akan diadakan pada 20/3/2010 nanti.







10 Mac 2010

Awal resign...

Catatan Ayah

Hari ni kami semua kat office buat jamuan kecil meraikan majlis perpisahan Awal. Awal telah resign dan masuk kerja kat LKL Penang.

Menu kali ni cuma laksa Kuala Perlis dan kuih-muih saja. Semua ada kecuali Amir Rhea tak dak sebab dia ke Alor Setar. Majlis bermula dari pukul 3pm hingga 4:30pm.




Malam ni juga mensyuarat rumah Bang Cik Izan sebab dia akan kenduri pada 20/3/2010. Buat khemah pada 19/3/2010. Tapi aku kena ke Kulim pada 19/3/2010. InsyaAllah, 20/3/2010 akan ada kat Perlis. Hari tu juga, Bang Mad pun kenduri juga, nikah anak dia...

Esok kena ke Hospital Sultanah Bahiyah sebab kena buat QA Test Angiography. Esok budak-budak praktikal pun akan ikut juga. Masing-masing akan ke sana dengan menunggang motorsikal.


08 Mac 2010

Gores dan menang...

Catatan Ayah

Nampaknya demam Bang Cik pun dah kebah agaknya. Panas badan dia dah pun berkurang. Esok rasa-rasanya boleh ke sekolah kot.

Pagi tadi semasa minum pagi, ada dok bersembang pasal guris dan menang. Macam-macam cara orang sekarang buat untuk mencari kekayaan. termasuk menipu orang. Yang kesiannya adalah orang-orang kampung dan orang-orang yang tidak berpengetahuan tentang tipu helah orang.

Bayangkan, barang-barang yang murah terutama yang dibawa masuk dari China diletakkan dengan harga yang tinggi dan digunakan untuk menipu orang. Konon-kononnya ia adalah hadiah.

Sesetengahnya tidak menggunakan kaedah gores dan menang, tapi menggunakan cara terang-terangan menipu, termasuklah saudara sendiri. Contohnya, mengambil upah buat sesuatu kerja dengan menipu tentang harga upah tetapi kerja-kerja tersebut tidak dilakukan dengan betul.

Moga-moga sentiasalah kita beringat akan tipu helah orang-orang ini.

07 Mac 2010

Repair RO...

Catatan Ayah

Hari ni Bang Cik masih demam lagi. Ubat cukup susah nak makan. Esok tengok macam mana, kalau demam tak kebah juga, tak payah ke tadika.

Tadi Nadzari hantar Mesin RO Elken untuk dibaiki. Lepas check, didapati 3 filter GAC telah rosak. Ganti ketiga-tiga filter ni, RO ni OK. Membrane masih OK.

RO Elken Bio Pure 1...


Sebelum tukar filter...


Bacaan sebelum service...


Selepas service..


Bacaan selepas service..


06 Mac 2010

Bang Cik demam..

Catatan Ayah

Pagi-pagi Klinik Faizah panggil minta tengokkan "ID Printer". ID printer tu dah memang rosak, dah bagi quotation dah tapi masih tak mau beli ganti. Macam-macam dah modified nak bagi diaorang guna. Tak taulah macam mana.

Hari ini juga siap pemasangan FRP kat rumah Bang Mad kat Binjal. Pasang FRP tu dengan Own dari pukul 12:00 tengahari sampai pukul 2:00 petang. Tak dak masalah apa pun, semua berjalan lancar.


Petang tadi dengan tak semena-mena Bang Cik muntah waktu bawa dia main kat taman permainan. Dah muntah bawa balik rumah, tiba-tiba demam pulak. Suhu cecah sampai 38 C. Jaram kepala dengan air, kemudian masuk ubat dalam punggung. Mudah-mudahan cepat lega...




Yang adik dengan kakak dok gelak saja...kesian kat Bang Cik..




05 Mac 2010

Merantau Warrior...

Catatan Ayah

Hari ni balik lewat sikit sebab 'download" cerita Merantau Warrior dari internet. Saja cari dan download sebab kelmarin kat bank tengok preview cerita ni. Rasa-rasanya macam menarik.

Tadi siap "burn" kat DVD untuk nonton, mungkin esok kot waktu lapang. Sebab pagi esok cadang nak pasang FRP kat rumah Bang Mad kat Binjal.

Kebelakangan ni banyak pula berita penderaan kepada anak-anak kecil. Apa nak jadi manusia la ni. Sedangkan binatang pun sayangkan anak, inikan manusia. Manusia sekarang ni dah jadi lebih teruk daripada binatang. Kalau tak mau anak, beri saja kepada orang yang nak anak. Ramai lagi orang yang bertahun-tahun berusaha untuk dapatkan anak tapi belum berhasil. Inilah yang dikatakan akhir zaman. Keadaan sudah kembali semula ke zaman jahiliyah....pembunuhan anak berleluasa.

Bila ini berlaku, Allah akan turunkan azab. Bila azab diturunkan bukan hanya orang yang melakukan dosa itu sahaja yang terima, tapi semua orang akan terima azab tu. Entah-entah cuaca panas sekarang ini adalah azab Allah kepada manusia. Pemanasan global yang sedang diperkatakan itu hanyalah sebab musabab sahaja.

Sesunguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui...

Adik Ein telefon tadi beritahu yang saman kat Melaka tu selesai. Khabarnya kereta tu bukan Kenari tapi guna nombor kereta Kenari...pemandunya seorang Cina...Harap-harap tu bila nak "renew" roadtax nanti tiada masalah...

04 Mac 2010

Bonus???

Catatan Ayah

Selesai buat TT kat CIMB Kuala Perlis.

Petang tadi Nadzari beritahu ada khabar angin akan dapat bonus. Minta-minta dapatlah bonus tahun ni. Jika dapat, alhamdulillah sebab ada harapan beli motor SYM GTS 200. Nak pinjam kat makcik pun tak ada respon pun. Mungkin dia tak sudi nak pinjamkan kot. Tak apalah...

Tadi sempat juga buat service RO kat rumah Kak Ani di Abi dengan tukar tubing di rumah Kak Malini di Mata Ayer. Mudah-mudahan rezeki jual dan buat maintenance penapis air akan ada lagi dan mudah-mudahan dapat duit lebih untuk beli SYM GTS 200..Amin


01 Mac 2010

Berita sedih...

Catatan Ayah

Hari ni berjalan seperti biasa. Cuma hari ada berita yang menyedihkan semua geng-geng kat office. Dalam pukul 2 tadi, ayah kepada Wahidah iaitu salah seorang pelajar praktikal di BEMS telah meninggal dunia yang berkemungkinan "stroke". Wahidah telah pulang petang tadi juga ke Kelantan bersama dengan Shah Zahra iaitu pelajar praktikal juga.

Diucapkan salam takziah kepada Wahidah, semoga roh ayahnya dicucuri rahmat....Al-Fatihah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...