25 Februari 2010

Public Mutual...

21/2/2010.....Genap umur Huzaifah 9 tahun. Lama juga tak jumpa Huzaifah. Kali terakhir jumpa Huzaifah semasa Raya Haji lepas. Rindu juga kat dia....

Tadi ambil cuti 1/2 hari sebab pergi ke Public Mutual Alor Setar. Kerana uruskan EPF adik Syuhada dan Nadzari untuk masukkan ke dalam dana Public Mutual. Tapi malangnya 'application' telah kena 'reject' sebab cap jari tak terang dan tak masuk betul-betul dalam kotak. Kena 'resubmit' pula. Nampak gayanya bulan depan 'resubmit'.

Balik dari Public Mutual singgah sekejap di Popular, beli novel terbaru...'Terbanglah Sayang' tulisan Aina Emir..tak tahu lagi kisahnya macam mana sebab tak mula baca lagi. Sekarang ni tengah baca novel 'Adam dan Hawa'.

Sebelum ni dah habis baca '9 Nyawa' dan 'Bicara Hati'. Menarik kedua-dua novel tu...

Rasa-rasanya nak beli motorsikal lagi satu untuk kegunaan 'travelling' bila pergi buat 'QA test'. Teringin nak beli SYM GTS 200 tapi duit tak cukup lagi. Harga lebih kurang RM9,000. Nak beli Ninja 250, mahal sangat hingga RM 20,000, SYM EVO 250 RM 16,000. Tapi rasa-rasanya nak beli GTS 200 sebab senang nak bawa barang bila 'travelling'. Cuma sekarang ni tengah dok simpan dana sikit-sikit. InsyaAllah...bila dana cukup dan ada rezeki lebih...boleh dapat satu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...