27 Februari 2010

Adam & Hawa...

Tak banyak yang dilakukan pada hari ni. Buku "Adam dan Hawa" pun dah selesai dibaca...Menarik kisahnya yang berkisar kisah Adam Mukhriz dan Ain Hawani yang menjalani kehidupan sebagai suami isteri yang dikahwinkan tanpa kerelaan hati...

Kemudian membawa hati yang dibelenggu perasaan benci selama bertahun-tahun...kemudian bertemu kembali dan menjalani kehidupan yang baru sebagai suami isteri...Banyak pengajaran yang boleh didapati daripada novel ini dan menarik sekali untuk dibaca...lebih seronok dari menonton kebanyak drama-drama melayu di kaca tv kebelakangan ini...

Satu petikan yang menarik dari novel ini;

"Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam,
Bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya,
Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasannya,
Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
Dekat pada lengan untuk dilindunginya dan dekat dihatinya untuk dicintai"

25 Februari 2010

Public Mutual...

21/2/2010.....Genap umur Huzaifah 9 tahun. Lama juga tak jumpa Huzaifah. Kali terakhir jumpa Huzaifah semasa Raya Haji lepas. Rindu juga kat dia....

Tadi ambil cuti 1/2 hari sebab pergi ke Public Mutual Alor Setar. Kerana uruskan EPF adik Syuhada dan Nadzari untuk masukkan ke dalam dana Public Mutual. Tapi malangnya 'application' telah kena 'reject' sebab cap jari tak terang dan tak masuk betul-betul dalam kotak. Kena 'resubmit' pula. Nampak gayanya bulan depan 'resubmit'.

Balik dari Public Mutual singgah sekejap di Popular, beli novel terbaru...'Terbanglah Sayang' tulisan Aina Emir..tak tahu lagi kisahnya macam mana sebab tak mula baca lagi. Sekarang ni tengah baca novel 'Adam dan Hawa'.

Sebelum ni dah habis baca '9 Nyawa' dan 'Bicara Hati'. Menarik kedua-dua novel tu...

Rasa-rasanya nak beli motorsikal lagi satu untuk kegunaan 'travelling' bila pergi buat 'QA test'. Teringin nak beli SYM GTS 200 tapi duit tak cukup lagi. Harga lebih kurang RM9,000. Nak beli Ninja 250, mahal sangat hingga RM 20,000, SYM EVO 250 RM 16,000. Tapi rasa-rasanya nak beli GTS 200 sebab senang nak bawa barang bila 'travelling'. Cuma sekarang ni tengah dok simpan dana sikit-sikit. InsyaAllah...bila dana cukup dan ada rezeki lebih...boleh dapat satu...

23 Februari 2010

Kebakaran...

Hari ni siap 2 report QA test. Alhamdulillah...

Waktu balik rehat tengahari tadi, ada kebakaran berlaku dekat Taman Sentua. Ini adalah gara-gara yang berkemungkinan pembakaran terbuka. Buat masa sekarang ini dengan cuaca yang amat panas, sebarang kesilapan kecil dalam pembakaran terbuka akan menyebabkan kebakaran besar berlaku. Tadi siap dengan anggota bomba cuba memadamkan kebakaran tersebut.

Malah sekarang ini pembakaran jerami juga dilarang kecuali selepas pukul 6:00 petang ke atas sahaja. Moga-moga cuaca panas ini akan berakhir tak lama lagi, InsyaAllah.

Mungkin ini adalah ujian Allah kepada rakyat Malaysia....

Dalam dok saja-saja...teringat tengok album lama dan jumpa photo ini...Inilah Allahyarham ayah...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...