09 Januari 2010

Kenangan lalu...

Semalam selepas balik dari Kodiang (bayar duit upah baju sekolah kakak) sambil tengok tv, tengok album lama. Terus scan gambar-gambar tu untuk simpan dalam CD...

Sambil dok tengok dan scan tu...teringat kat kawan-kawan lama UTM dulu....salah seorangnya Munir...yang tinggal di Sungai Dua, Butterworth. Allahyarham Munir dah meninggal dunia (rasa-rasanya dalam tahun 2002). Last sekali jumpa dia semasa dia datang kenduri kahwin pada tahun 2000.

Cepat sungguh masa berlalu....Banyak kenangan bersama dengan Munir dulu. Kami berdua pernah sama-sama menunggang motorsikal RXS dari KL ke utara (pulang cuti semester). Sewaktu "last semester", bersama-sama Zulaimi, Abong, Jack, Suhana, Radhi dan Zul Kratong berjalan ke utara dengan menaiki keretapi....Seronok waktu tu....Sama-sama berlapar sebab duit "loan" MARA habis dan macam-macam...cuma Munir tak tinggal kat rumah sewa dulu sebab dia tinggal kat asrama Kolej Pertama.

Berita kematian Munir cuma diketahui selepas seminggu....dapat berita dari isterinya....ingat lagi ketika isteri Munir telefon...."pak Cik...ni isteri Munir...nak habaq kat pak Cik....Munir dah meninggal.....kemalangan....."

Sekarang yang tinggal hanya kenangan bersama beliau....semoga roh Munir dicucuri rahmat....Al-Fatihah...






04 Januari 2010

Trip ke KL (3)

Sampai KL dalam 6am. Singgah sembahyang kat Kota Damansara dulu dan pi makan kat Kota Damansara. Lepas makan terus ke Bandar Tun Razak.




Sampai di Bandar Tun Razak, rehat dan tidur dulu sementara nak ke HUKM sebab waktu melawat pukul 12:30pm sampai pukul 7pm.

01 Januari 2010

Ke KL (2)

Singgah dulu kat Bukit Merah. Bukan apa...lapaq dan nak rehat sat. Mak bawa bekal bihun goreng. Pekena dulu bihun goreng dengan nescafe tarik...

Touch N Go nak habis pulak. ATM CIMB kat Bukit Merah pulak out of service.

Nasib baik kat Petronas di Bukit Merah ada top up. Top up RM50.

Perjalanan hari OK. Kereta tak banyak...mungkin orang banyak bercuti kot...

Lama-lama rasa ngantuk juga...Berhenti rehat kat Sungai Buluh. Mandi...baru rasa segar...

Waktu sampai KL, silap masuk tol pulak...

Ke KL

Kami sekeluarga bergegas ke KL sebab diberitakan yang Mak Tam sedang tenat dan berada di HUKM. Kami bertolak dari Kangar dalam pukul 9pm. Sebelum tu pi hantar kereta Azman Hamid ke rumah Nadzari dulu sebab Azman tak balik lagi dari Langkawi.

Kami masuk lebuhraya melalui Jitra. Kebetulan Jack telefon panggil makan kenduri rumah dia kat Shah Alam hari sabtu. InsyaAllah, kalau ada rezeki, sampailah kami...

Malam tadi malam sambut tahun baru 2010. Kat Juru jalan jem...Ni kes sambut tahun baru le...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...