30 Disember 2010

DI DAPUR IBUKU

Catatan Ayah

Rabu / 29 Disember 2010

Setelah beberapa bulan... baru malam ni aku dan keluarga berpeluang ke sini... ke mana?..

Ke sinilah... ke D' Dapur Ibuku...

Dihadapan restoran

Restoran ni baru beberapa bulan dibuka... dan tiap-tiap hari nampak ramai sungguh pengunjung.. jadi rasa teringin juga nak merasa... sedap tegha mana masakan dia...

Restoran ni terletak di antara UA Motors dan JKR... di Taman Sentua... dulunyanya premis ni adalah sebuah tadika... tapi dah diubahsuai menjadi restoran..

Sempat bersembang dengan penjaga kaunter kat sini...(mungkin owner kot...).. katanya restoran D'Dapur Ibuku ni buka setiap hari... dari jam 11 pagi sampai 2 pagi... dan ahad dari 4 petang sampai 2 pagi...

Ini adalah kali pertama aku dan family datang menjamu selera kat sini... jadi ini adalah pandangan pertama dan pendapat pertama aku sebagai pelanggan..

Apa yang aku nampak.. suasana tempat makan dan kebersihan agak memuaskan.. dan ada 2 bahagian iaitu bahagian bawah dan bahagian atas yang makan sambil bersila... guna meja rendah... stail jepun..

Menunya terdiri dari masakan melayu, ala-thai dan western.. ada goreng-goreng, rebus dan sup serta makanan hidangan.. dan berbagai-bagai minuman dan ais krim..

Makanan yang telah diorder pun cepat sampai...

Decoration nampak menarik... agak berlainan dari kedai-kedai makan yang lain... dan dari segi harga makanan dan minuman pun lebih kurang saja...

lagi satu kat sini... ada kemudahan wi-fi...

Malam ni kami order nasi goreng kampung, nasi goreng paprik, nasi goreng pattaya, nasi goreng biasa dan sup ayam... minuman pula nescafe tarik, nescafe suam, milo tarik, teh ais dan oren bancuh...

Semua sekali makan dan minum untuk 5 orang dalam RM 35.80...

Rasanya inilah kali pertama aku lihat ramai pelanggan berbangsa cina yang menjamu selera kat restoran melayu kat Perlis... sebelum ni dok tengok kat restoran-restoran lain... taklah ramai sangat... adalah dalam sorang dua..

Jom... kita layan gambiran suasana kat restoran D' Dapur Ibuku ni... =)

Pintu masuk ke restoran... boleh massage kaki tu...he he he =O

Suasana ruang makan kat tingkat bawah... makan sambil layan Malaysia vs Indonesia... ;)

Tangga yang menghubungkan tingkat atas dan tingkat bawah.. yang syoknya... nak makan tepi tangga pun boleh... dah siap ada meja... =)

Kat tingkat atas siap ada taman berumput carpet.. beb... bukan rumput plastik... tapi rumput betoi... \m/

Haa.. makan macam ni baru klear... selesa dan tak kacau orang... =P

Antara hidangan yang kami order...

Nasi goreng pattaya... ;P

Sup ayam.. agak pedas sikit.. ala-thai.. ;D

Nasi goreng paprik...

Nasi goreng kampung... dah orang kampung yer tak... =)

Nasi goreng biasa...

Suasana ruang makan tingkat atas... open air sambil menikmati keindahan bulan...makan sambil bersila... santai bersama keluarga...

 Kain batik dijadikan siling bumbung yang menutupi bahagian meja makan... sekali tengok... cantik juga  =D

 Hiasan dalaman juga menarik... B)

Secara keseluruhan... pendapat aku masakan boleh tahan... dan tak malulah nak rekomen kat kawan-kawan... bagi yang nak bilik berair-cond pun ada..

p/s: tokeh D' Dapur Ibuku kena bagi diskaun kat aku ni... sebab buat review restoran dia...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

24 Muharram 1432 / 30 Disember 2010

29 Disember 2010

PERSIAPAN SEKOLAH

Catatan Ayah

Isnin / 27 Disember 2010

Minggu depan akan bermula penggal persekolahan. Kakak akan masuk darjah 3 dan Bang Cik akan sambung persekolahan kat PASTI...

Bang Cik sudah 'settle' segala yuran sekolah... dalam RM 327... dan buku sekolah kakak pun dah beli kat kedai sekolah... dalam RM 28.50...

Baju kurung sekolah untuk kakak pun dah pi buat kat Kak Miah... cuma tinggal lagi kasut dan alat tulis...


Nampak gaya tahun ni kena beli banyak juga... sebab tahun depan kakak dilantik untuk jadi pengawas... jadi selain dari kain yang berwarna hitam... tudung, kasut dan stokin pun kena warna hitam juga...


Kalau tak... mungkin boleh pakai lagi kain tahun lepas... sebab kain dan baju kurung tahun lepas masih elok dan masih padan lagi... tapi memandangkan dah kena pakai serba hitam.. jadi semuanya kena buat lain serta kasut dan stokin pun kena beli lain...


Jadi kami sekeluarga telah ke Bata Alor Star... untuk tengok kasut... tapi masalahnya... kasut hitam tak dak saiz untuk kakak... pergi pulak ke Giant Souq Al-Bukhary... pun masih tak dak saiz... jadi beli stokin dululah... baju kemeja lengan panjang pun masih tak beli lagi sebab tak dak saiz...


Jadi ambik keputusan... 'try' ke Pacific pulak... kot-kot dapat apa yang dikehendaki... tapi 'problem' paling besar nak sampai Giant ke Pacific adalah 'jam'... ni lah yang paling aku tak gemar... tapi nak buat macam mana...


Alhamdulillah... kat Pacific.. dapat apa yang dikehendaki... baju kemeja lengan panjang 2 helai dan kasut sekolah warna hitam... nasib baik ada saiz...


Kat Pacific ni juga tengah buat 'sale' untuk pakaian sekolah... Alhamdulillah.. agak murah jugak...

Selesai pakaian sekolah... alat tulis pulak... pensel la... pembaris la... pensel warna la... hai...macam-macam...

Apalagi pi cari barang-barang tu la pulak...

Kat Pacific ni pun... banyak sungguh orang... jenuh juga bersesak... yang paling leceh adalah kena beratur panjang kat kaunter bila nak bayar... tapi yang tu aku serahkan kat isteri aku... aku ambik tugas jaga 2 orang hero ni...


Alhamdulillah... sekarang semua dah 'settle'... tunggu masa sekolah nak buka saja...

p/s: esok pi rumah Kak Miah pulak kat Kodiang untuk ambik baju yang ditempah 2 minggu sudah...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

23 Muharram 1432 / 29 Disember 2010

28 Disember 2010

SAYAP KENARI TERCEDERA

Catatan Ayah

Selasa / 28 Disember 2010

Pertama kalinya semenjak April 2005, Kenariku sakit... kerana 'sayapnya' tercedera..

Pertama kalinya, 'bearing' tayar depan berbunyi...guk...guk...guk... bila berjalan...

Pertama kalinya... selepas menjelajah sejauh 140,821 km... 'bearing' tayar depan perlu ditukar..

Jadi... menjelajahlah aku ke Eng Leong Auto Supplies kat Kangar... sementelah nak tukar 'bearing'.. aku beli sekali minyak enjin dan 'oil filter'...

Eng Leong jual 'oil filter' RM 7... minyak enjin mineral Petronas RM 35... dan sepasang 'bearing' untuk tayar depan RM110..

Dan 'terbanglah' aku ke Long Boh... rumah sepupu aku untuk kerja-kerja pembaikan... Mulanya aku nak buat sendiri saja kerja-kerja penukaran 'bearing' ni... tapi bila difikir-fikir balik... pi buat kat Long Boh lah...


Rupa-rupanya... 'bearing' Kenari ni tak sama macam 'bearing' Kancil... ikut logik pun mana sama kan... sekor burung... sekor menatang 4 kaki ye dak... hehehehe... =)

Kalau 'bearing' untuk Kancil... boleh dipukul keluar jer.. tapi 'bearing' Kenari besar sikit... jadi kena buka kat 'fondry'... jadi selepas dibuka tayar dan 'brake disc'... kedua-dua set tapak 'bearing' tu dibawa ke 'fondry' untuk dikeluarkan dengan menggunakan mesin haudralik...


Sementara pi buka 'bearing' kat Kangar... anak menakan aku tukarkan minyak enjin dulu... serta 'oil filter'.. dalam pukul 3 pm... baru 'settle'... tapi sebenarnya tak berapa 'settle' lagi... sebab bila tayar dah dibuka... nak kena buat 'alignment' pulak...


Balik rumah sat... mandi-mandi dan sembahyang... aku terus ke Kangar untuk buat 'alignment'... Kali ni aku ke Syarikat Tayar Utara Perlis... kat Taman Sena Indah..


Syarikat Tayar Utara ni pun kepunyaan anak menakan aku jugak... jadi boleh ler diskaun sikit... sokong adik-beradik dan orang melayu...


La ni... baru boleh kata 'settle'.. Alhamdulillah... 'test' tengok dan hilang dah bunyi...guk... guk... guk... tu...

Jadi ringkasannya perbelanjaan aku ke atas Kenari ni... untuk pembaikan ni adalah....

  1. Minyak enjin RM35...
  2. Oil filter RM7...
  3. F/W bearing RM110...
  4. Upah kedai fondry RM 30..
  5. Upah repair kereta RM60
  6. Upah alignment tayar RM12...
Jadi jumlahnya... RM254... terbanglah Kenari dengan duitnya... hehehehehe.. =(

p/s: walau bagaimanapun... Alhamdulillah Kenari ni tak pernah bagi masalah yang teruk sepanjang 5 tahun dan sejauh 140,821 km dia berkhidmat...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

22 Muharram 1432 / 28 Disember 2010

FRP

Catatan Ayah

Sabtu / 25 Disember

FRP...atau dengan kata lain...Fibreglass Reinforced Plastics adalah salah satu jenis penapis yang dipasang di premis-premis sama ada kediaman atau perniagaan.

Selalunya, pengguna akan memasangnya selepas meter air..bertujuan untuk menapis kotoran kasar sehingga saiz 5 mikron yang terdapat di dalam air yang dibekalkan oleh JKR atau pihak yang betanggung jawab.

Kebaikan pemasangan FRP ni adalah, kita sebagai pengguna boleh membersihkan dan membuang kotoran yang tersangkut di dalam FRP tanpa perlu menukar kandungan penapis...dengan cara membuat 'backwash'..

Kandungan FRP ni terdiri daripada batuan yang mempunyai 3 saiz iaitu 2.4mm x 4.8mm, 2.4mm x 1.2mm dan 1.2mm x  0.6mm serta 'silica sand'... kadang-kadang ada 'customer' minta dicampurkan dengan serbuk karbon yang mana dapat menyerap klorin...

Dan ini menjadikan FRP ni seberat 80kg (berat kering)...

InsyaAllah...dengan pemasangan FRP ni, dapat membersihkan air dari kandungan-kandungan selut dan karat yang terdapat dalam air..

Hari ni, Alhamdulillah...aku dan Own selesai lagi satu pemasangan FRP di Taman Guru Jaya, Kangar...di rumah En Zul..


Kerja-kerja dilakukan mengambil masa lebih kurang sejam...dan Alhamdulillah...tiada sebarang masalah berbangkit...

Pakej yang dibeli oleh En Zul ni termasuk '6 stages energy water filter' model EWS 888 yang dipasang di dalam rumah...

EWS 888 ni adalah sejenis penapis 6 'step' yang mengandungi:

1. Penapis seramik yang boleh dicuci dan digunakan sehingga pecah
2. Karbon
3. Resin
4. FIR...Far Infra Red...
5. Batuan mineral
6. Karbon


Penapis ni dipasang di dalam rumah untuk kegunaan minuman dan masakan...dan dipasang terus ke kepala paip...

p/s: jika ada sapa-sapa yang berminat nak tau lebih lanjut...boleh 'call' aku atau tengok kat sini...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

22 Muharram 1432 / 28 Disember 2010

27 Disember 2010

RIPPLE MATTRESS

Catatan Ayah

Isnin / 27 Disember 2010

Hari ni, aku nak kongsi info mengenai 'Ripple Mattress'.. 'Ripple Mattress' ni adalah sejenis alat yang mempunyai motor di dalamnya dan fungsinya memberi angin pada sesuatu tekanan yang kita nak..


Dari 'main unit' ni.. disambungkan ke 'mattress' yang mempunyai aluran-aluran angin di dalamnya. Apabila kita 'on'kan 'main unit'... maka angin akan keluar dan disalurkan ke dalam 'mattress' dan 'mattress' ni akan mengembung... macam tilam angin..


Alat ni digunakan di wad-wad setiap hospital... dan digunakan sebagai lapik pesakit yang tidur di atas tilam... jadi belakang pesakit akan kurang berpeluh sebab terdapat aliran angin di bawah badan dia... dengan kata lain... tak 'melenyaq'... seperti kata orang-orang utara..


Alat ni bagus jika digunakan kat rumah... terutama jika kat rumah kita ada orang-orang tua yang sakit tak boleh bangun... amat baik digunakan sebagai pelapik di atas tilam... lagi pun harga alat ni bukannya mahal pun...

Dan jika ada sesiapa yang nak tau lebih lanjut mengenai alat ni dan kot-kot teringin nak beli untuk digunakan kat rumah sendiri... boleh 'contact' aku untuk khidmat nasihat...

Sedang diuji semasa penyelenggaraan dibuat...

p/s: saja nak kongsi kot-kot ada sapa-sapa yang tak tau berkenaan peralatan 'bio-medical' ni...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

21 Muharram 1432 / 27 Disember 2010

WA HASAN

Catatan Ayah

Ahad / 19 Disember 2010

"Hang tau dak Wa Hasan masuk hospital?", tanya mak aku.

"Hospital mana?", balas aku...

"Hospital Alor Star. Jantung bengkak...", balas mak aku...

Dan hari ni, kami sekeluarga pergi melawat Wa Hasan.


Wa Hasan, anak sulung dari 11 orang adik beradik sebelah mak aku. Tinggal di Kampung Alor Rambai, Jitra... bersebelahan dengan rumah Tok Wan aku. Salah seorang anak Wa Hasan adalah seorang doktor pakar sakit puan iaitu Dr Sobri.

Dulu... Wa Hasan pernah mengalami kemalangan dilanggar motorsikal dan mengalami patah tangan. Sehingga sekarang tangannya patah di antara siku ke pergelangan tangan... dan kedua-dua belah tangan pulak tu...

Terkejut juga bila dengar beliau mengalami bengkak jantung... diceritakan semasa melawat beliau, Wa Hasan mula rebah kat rumah dan telah dikejarkan ke hospital... hasil pemeriksaan kat hospital, baru tau yang beliau mengalami bengkak jantung...

Sekarang, beliau telah dibenarkan pulang... dan dinasihatkan untuk berehat di rumah...

Abang Sobri, sepupu aku akan bawa beliau untuk buat pemeriksaan lanjut di hopsital pakar 2-3 hari lagi...


Semoga Wa Hasan akan cepat sembuh dan sihat sentiasa...

Rumah Tok Wan yang dah lama tak diduduki....

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

21 Muharram 1432 / 27 Disember 2010

26 Disember 2010

KIA FORTE

Catatan Ayah

Rabu / 22 Disember 2010

Aku dalam perjalanan balik ke office. Panas betul hari ni. Tapi belum tentu panas sampai petang...entah-entah sat lagi hujan..

Tiba-tiba....cantik kereta ni. Tapi pada pandangan aku sajalah...


Inilah dia Kia Forte..atau kat Malaysia dijual di bawah jenama Naza Forte...

Secara luaran yang aku tengok cantik...kalau bandingkan dengan Honda City...cantik lagi Forte ni...


Siapa pemiliknya...tak tahu pulak..tapi pemiliknya pandai mengadunkan spoiler dan accessories yang lain yang menampakkan kesportian Forte ni...


Design lampu depan pun nampak cantik...dan 'masuk' dengan Forte ni...dipadankan juga dengan warna putih..memang cun...


Lampu belakang pun...pada pandangan aku...cantik...reverse sensor pun nampak macam ada 4 biji...


Asal ekzos satu saja...tapi pemilik Forte ni telah jadikan 2...tak taulah sama ada betul-betul berfungsi kedua-duanya...sebab kadang-kadang aku tengok...sebelah saja yang berfungsi...lagi satu cuma hiasan saja...


Secara keseluruhan...aku tengok Forte ni... cukup marbeles... cantik... bergaya... dan unggul...

Kalau dari segi prestasi dan handling...tak tau pulak aku...sebab aku belum pernah pandu lagi...

Tapi Pak Cik Google nasihatkan aku untuk pergi ke sini....dan nilai sendiri sama ada ia berbaloi ke tak untuk memilikinya...

p/s: kalau dapat beli...kepompom best...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

20 Muharram 1432 / 26 Disember 2010

----------------------------------------------------------------------------------------------
UPDATE...

Ni ada feedback dari kawan aku Sakinazeri dalam facebook...

"nak pakai ke mizal....member aku dah pakai...forte ni bagi aku ok..enjin dia tak bising.dah try speed sampai 170km/j tak ada masaalah.ada gear auto dan tambahan gear untuk memotong.minyak dalam 13sen per kilo untuk normal drve.interior dalam kemas dan sound sistem dia ok...untuk kompetetor dia aku rasa honda civic .kalau nak tau lebih lagi hg blh contact aku....."

Lagi feedback dari kawan aku...Tuan Jalil...

"hang pakai ja honda hydrid..minyak comfirm murah, harga skg sekitar 130k..."

LAYANAN ALA SPA

Catatan Ayah

Ahad / 19 Disember 2010

"Ibu, dua-dua nampak 'belengas' sangat la...", kata aku kat isteriku..

"Awat? Apa yang 'belengas' tu...?"

"Tu...burung kenari dengan kerbau hitam tu...", balas aku.

"Jom, ibu bawak burung tu, ayah bawa kerbau hitam ni...kita bawak pi spa...layan baik sikit kali ni.." sambung aku...

"OK, jom...", jawab isteriku..

Jadi, inilah aktiviti kami sekeluarga hari ni,  isteri aku akan bawa Kenari dan aku bawa kerbau hitam sekor ni ke spa kat Kangar...

Sampai Kangar, nasib baik kedai buka. Apa lagi...kasi kerbau hitam mandi dululah...

Kasi cuci kaki kerbau ni dulu... :)

Bubuh sabun banyak sikit...buang daki sikit...

Haaa..amacam..merelit dak?..

Kerbau hitam ni dah 'merelit'. Sampai giliran si burung Kenari pulak...kasi 'merelit' juga...

Sama jugak...kasi bubuh sabun banyak sikit...buang daki...

Kasi 'tonyoh' sikit....

Bilas....baru nampak putih sikit...

Bubuh bedak...haaa..baru cantik dan berseri-seri..

p/s: jangan dok hujan sudah la....

20 Muharram 1432 / 26 Disember 2010

25 Disember 2010

SERVICE RO HUJUNG MINGGU

Catatan Ayah

Sabtu / 18 Disember 2010

Hujung-hujung minggu ni baru boleh buat part-time sikit...service RO...

Hari ni siap 2 buah rumah aku service....iaitu rumah S/N (B) Kak Kiah dan MA Aziz...kedua-duanya pelanggan tetap aku..Alhamdulillah..

Rumah pertama yang aku pi adalah rumah Kak Kiah...selepas check...4 penapis kena tukar iaitu 1 PPF, 1 CTO, 1 GAC dan 1 CLT-33 GAC...lepas tukar...kepompom marbeles...



Rumah ke-2 pulak adalah rumah MA Aziz kat Taman Bukit Kayangan...macam biasa..cuma 3 penapis saja yang kena tukar...1 PPF, 1 CTO dan 1 GAC...dan katanya hari tu semasa banjir...hampir-hampir tenggelam...


Kedua-dua jenis RO ni..aku tak bimbang jika tenggelam banjir...sebab RO ni jenis lasak..

Kat Titi Gajah hari tu kat rumah Pak Cik Bakar...habis tenggelam RO dia..jenis macam ni jugak..tapi berfungsi dengan elok..Alhamdulillah..

RO jenis ni juga senang untuk buat maintenance...buat DIY...cuma kadang-kadang sesetengah customer malas saja nak buat...tu yang depa dok panggil aku pi buat tu...

Tapi...Alhamdulillah...ada juga rezeki...

p/s: pada sapa-sapa yang nak pasang RO...bagitau aku atau lihat katalog kat sini...kalau berminat...calling-calling...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

19 Muharram 1432 / 25 Disember 2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...