27 November 2009

Melawat Huzaifah...(catatan ayah)



Agih daging korban...(catatan ayah)

Tengah hari tadi Pak Teh dan anak-anak datang beraya. Ramai...makan nasi kat rumah sebab mak order nasi jagung dari Tok Su Shaari. Sementara tu ajak Ibu pi agih daging. Pusing keliling kampunglah agihkan daging.

Sebelah petang, agihkan daging juga. Singgah rumah Bang Megat, Cik Pah, Cik Bayah dan Lubuk Kawah.





Hari Raya Korban...(catatan ayah)

Hari ni hari raya aidil adha. Adik Syuhada ambil setumpuk dan ibu ambik setumpuk. Penyembelihan dibuat di kandang lembu Pak Cik Cha kat kampung Sentua. Lebih kurang 5 ekor lembu tumbang hari ni. Pak Su Halim yang sembelih. Lepas sembahyang raya tadi, terus pi ke tempat penyembelihan. Siap lebih kurang pukul 1:00pm.

Balik rumah terus bedak-bedak daging untuk disedekahkan kepada orang. Daging dapat lebih kurang 20kg.

Suasana di tempat penyembelihan...





26 November 2009

Suasana sebelum Aidil Adha

Kerja-kerja yang plan nak buat kat Alor Star dah settle, cuma tinggal Tabung Haji tak selesai lagi sebab kat Tabung Haji Alor Star tak elektrik tadi.

Keadaan Alor Star hari ini penuh dengan orang. Jalan pun jem. Lepas ni ada janji dengan Pak Cik Bakar yang tinggal dekat Titi Gajah nak tukar tubing RO. Tubing RO rumah dia dah pecah. So pi tukar tubing dulu lah.

Sampai di sana, Pak Cik Bakar tak dak, cuma ada bini dia saja. Tukar je lah, kalau tak tukar nanti kena mai juga.






Lepas repair RO Pak Cik Bakar, laparlah pulak. Tadi cuma makan pukul 9am saja, lepas tu derma darah...terus ke Alor Star...Tapi sebelum makan..singgah dulu kat Masjid Kepala Batas untuk sembahyang asar. Cantik masjid ni...dulu cuma masjid kecil sahaja...sekarang dah buat baru....




Berhenti makan kat Jitra (sebelah bihun sup dekat Jalan Sungai Korok). Kakak makan nasi goreng, Ibu dan Bang Cik serta adik kongsi makan nasi ayam manakala ayah makan nasi goreng pattaya dan sup sayur. Nak kata sedap tu....bolehlah tahan....



Semasa balik ibu nak beli baju raya pulak....Sementara tunggu ibu pi beli baju raya...tengok ramai sungguh orang kat Jitra...depa buat apa tak tau...kereta punya banyak.....sampai jem...sama macam kat Alor Star tadi...

Ke Public Mutual

Healthtronics tak bagi 1/2 day macam selalu hari ni. Selalunya kalau esok raya, hari ni 1/2 day kerja. Tak palah, pi derma darah lepas tu dapat MC, settle.

Agak lewat pi Alor Star hari ni. Sebab sebelum pi, isi borang Public Mutual EPF dulu. Sampai kat Public Mutual pun dah dekat pukul 4pm. Nasib baik tak tutup lagi. Cuma EPF Ah Tong tak boleh buat lagi sebab cari borang dia tak jumpa. EPF ayah dengan Nadzi settle. Lepas tu keluarkan sikit duit dari Ittikal Fund sebab nak ganti bumbung rumah lepas raya ni.



Yang biru tu Audi A4 baru, teknologi Germany yang hebat...jarang-jarang sekali boleh jumpa di Kangar dan Alor Star sebab orang kaya saja mampu beli... Yang merah tu biasa saja...Hundyai Coupe baru.....teknologi Korea....


22 November 2009

Sambung cat dapur...(catatan ayah)

Hari ini hujan juga dari pagi sampai petang. Nak pi pasang FRP rumah Nadzi pun tak boleh. So, sambung cat dapurlah, habiskan kerja kemarin.





Maka selesailah sudah proses cat dinding bahagian dapur. Nanti kalau ada modal, mungkin akan tukar warna lain pulak. Tikar getah yang beli masa bulan puasa dulu pun dah habis, hampar bahagian tengah rumah.

InsyaAllah, nanti ada modal nak bubuh pakir atau tile....


Pi makan kenduri kat Abi...dalam hujan..lauk sedap juga...ada ikan bakar...

Hujan dari pagi sampai petang....lebat pulak tu....


Cat rumah...(catatan ayah)

Hari ni hujan sepanjang hari. Nak pasang FRP kat rumah Nadzi tak boleh, jadi ambil keputusan cat rumah (sebelah dalam). Cat putih yang lama tu ada lagi. Jadi cuma beli gelek cat saja.

Cat pelan-pelan habis juga tiga dinding.



Adik pun buat perangai hari ni...pasai apa tak tau....

21 November 2009

Kelas Tulisan dan Bacaan Jawi...(catatan ayah)

Hari ini bermula cuti sekolah sehingga akhir tahun. Tahun depan kakak akan masuk darjah 2 dan Bang Cik akan masuk tadika (4 tahun).

Hari ini juga Kakak mula masuk kelas tulisan dan bacaan jawi selama 5 hari bermula dari 21/11/2009 sehingga 25/11/2009. Kelas ini diselenggara oleh Ustaz Mud. (Ustaz Mud adalah suami kepada Kak Cik Izah...sepupu ayah, anak Wa)

Bayaran untuk 5 hari ni RM137.00. Kelas bermula dari pukul 8:30 pagi sehingga 4:30 petang.

20 November 2009

Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan SRKJRSA...(catatan ayah)

Pada 19/12/2009, Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Raja Syed Alwi mengadakan majlis penyampaian hadiah kecemerlangan. Hari tu juga kakak terlibat kerana telah mendapat nombor 1 dan mendapat markah terbaik untuk mata pelajaran Bahasa Melayu (Pemahaman) dan Sains.

Majlis bermula pada pukul 8:30 pagi dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan Al-Quran oleh pelajar tahun 6 dan ucapan Guru Besar, Yang Dipertua PIBG dan wakil Pengarah Pelajaran Perlis.

Kemudian diikuti dengan nyanyian nasyid oleh pelajar tahun 6. Selepas itu baru majlis penyampaian hadiah dilangsungkan. Rasa bangga melihat kakak naik ke pentas untuk mengambil hadiah.

Majlis berakhir lebih kurang jam 11:30 pagi.

Ucapan Cikgu Rahim (Guru Besar SRKJRSA)


Ucapan Yang Dipertua PIBG, Imam Sobri



Nyanyian nasyid oleh pelajar tahun 6

Hadiah Tempat Pertama Tahun 1 Bestari
Hadiah Markah Tertinggi Mata Pelajaran Sains
Hadiah Markah Tertinggi Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Pemahaman)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...